Certot

Chaiyok Rumah Merah!

Hasil nukilan Iffah Musfirah 3 years agoSukan 23

Pada hari ini, semua ahli rumah sukan seperti rumah merah, rumah biru, rumah hijau, dan rumah kuning diminta untuk berkumpul kerana ingin membincang tentang Hari Sukan Tahunan Peringkat Sekolah. Madam Kausilya iaitu guru rumah merah meminta budak lelaki untuk mengambil barang untuk latihan Hari Sukan Tahunan.

“Okey, aktiviti yang diadakan ialah larian 2x100 meter, 100 meter, lompat jauh, lompat tinggi, dan tarik tali ,” kata Madam Kausilya.

“Murid lelaki darjah tiga beratur di sini. Kita akan buat latihan lompat tinggi untuk melihat siapa yang layak untuk masuk,” sambung Madam Kausilya. 

Satu demi satu murid lelaki darjah tiga melakukan latihan lalu disambung oleh murid perempuan dan seterusnya hingga murid darjah enam.

“Sesiapa yang nak masuk pertandingan untuk perempuan dan lelaki sila beritahu saya,” kata Madam Kausilya.

Aku dan kawanku, Aina bersama-sama memberitahu bahawa kami ingin menyertai pertandingan tarik tali.

“Aina, kamu larat ke?” kata Madam Kausilya 

“Takpa teacher, saya boleh,” kata Aina

Memang patut Madam Kausilya bertanya begitu kerana Aina memasuki tiga acara larian.

“Okey, kamu berdua tulis nama.

*****

Sehari sebelum perlawanan dilakukan di SMK Datuk Haji Ahmad Said, kami berlawan untuk acara tarik tali untuk menentukan rumah yang memasuki peringkat akhir atau dipanggil final.

Keputusannnya, kumpulan merah kategori perempuan berjaya memasuki final tetapi kumpulan merah kategori lelaki tidak berjaya.

Keesokkan harinya, semua murid yang terlibat datang ke sekolah. Satu demi satu acara dijalankan. Tibanya saat yang dinanti-nantikan iaitu perlawanan tarik tali. Rumah sukan yang memasuki final ialah rumah merah dan rumah kuning.

“Cepat-cepat tangan siapa tiada tepung lagi!” kata Madam Kausilya.

Aku menghulurkan tangan dan Madam Kausilya menuang tepung ke atas tanganku.

“Okey, perlawanan dah nak mula. Sila pegang tali,” ujar pengadil

Kami dengan tidak sabarnya tertarik tali itu.

“Relax… relax… jangan cepat sangat,” kata pengadil 

Selepas kami semua sudah bersedia, pengadil memegang tali di tengah dan berkata, “Mula!”

Kami menarik dengan sekuat hati kami, tetapi keputusannnya kedua dua pasukan sama kerana tali itu terlepas dan tiada keputusan.

Pusingan terakhir iaitu untuk menentukan siapa pemenang. Kami semua mengambil tempat dan memegang tali. Aku berasa terlalu takut hingga kakiku bergetar tetapi aku berjaya tenangkan diri aku. 

Sekali lagi pengadil berkata, “Mula!”

Kami menarik tali sambil berkata, “Tarik! Tarik!”

Dan keputusannya rumah merah memenangi perlawanan itu.

Kami menjerit, “Yeay!”

Madam Kausilya yang memakai topi membaling topi yang dipakainya.

Kami semua sangat gembira dan Madam Kausilya sangat bangga.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: