Certot

Certot Tingkatan 1 KRK

Hasil nukilan Micheal Midian 1 year agoFiksyen

Izinkan saya bercerita mengenai sebuah kelas yang merupakan gabungan antara Menara Parlimen yang terdiri daripada golongan tokoh-tokoh politik dan gua puaka tempat tinggal Sang Kelembai, iaitu Tingkatan 1 Krk.

Kisah ini bermula sewaktu pemilihan ketua kelas yang akhirnya dikuasai oleh pelajar panas baran, tetapi genius yang dikurniakan nama Micheal. Manakala penolongnya adalah ratu air mata bernama Nabilah atau lebih dikenali sebagai Bella.

Kedua-dua insan malang yang terpaksa mengawal pelajar-pelajar lain dengan penuh ‘kasih-sayang’ ini sering menempuhi pelbagai rintangan dan dugaan yang ditetapkan. Semuanya bagi mengekalkan status kelas ini yang ‘hebat’ sangat.

Namun begitu, mereka dibantu oleh AJK Kebersihan dan Keceriaan yang sememangnya ceria dan bersih orangnya iaitu gadis Cina bernama Yong Chee Yin. Bendahari kami pula Siti Asyiqin yang selalu minta duit daripada kami iaitu bernilai lima ringgit seperti samseng. Lama-kelamaan dia sendiri bosan dan cikgu terpaksa memberi tugas itu kepada orang lain.

Pada awal tahun, kami telah menyaksikan kehilangan beberapa orang rakan kami yang berpindah ke tempat lain. Memang itu kehendak Tuhan, hendak buat bagaimana lagi. Lebih-lebih lagi seorang pelajar namanya Wan Arif yang ditangisi ramai pelajar lelaki yang berlagak ‘macho’ seperti Kayrul Danish, Firas Iqram, Farith Farhan, Amirul Harith, dan beberapa orang lagi. Merekalah penyebab ramai budak perempuan beri choki-choki berlambak kepada mereka.

Perempuan pun ada geng yang tersendiri.A ddena Sofea menggantikan Nur Adibah setelah ‘beliau’ berpindah sebagai ketua dan ahli yang tinggal hanyalah Nurul Izzaty dan Sofea Nur Batrisyia  dan mereka menerima kemasukan Nurin Nisa sebagai ahli baru. Addena pula sama cita rasa dengan Amani Izzati apabila kedua-duanya meminati pelakon Korea seperti Lee Min Ho, Kim Hyun Bin, Song Joong Ki, dan pelbagai lagi.

Yong mempunyai dua orang rakan dan membentuk geng tersendiri bersama Khavinarasi yang ada ‘crush’ terhadap si misteri dan Chai yang manis. Trio Lelaki India juga ada ditubuhkan oleh ketuanya, Vimal, Srikesha, dan Linggiss yang dikenali sebagai Lingga. Namun mereka sentiasa dibuli oleh pelajar India bernama Carollisa yang baik orangnya. Dia duduk sebelah Hanisah, gadis yang percaya dengan kewujudan makhluk asing. Qistina Salihah dikenali sebagai mak cik sebab dia ada masalah pendengaran, tetapi dia amat ‘sporting’ bersama Syahiran, budak hyperaktif yang mempunyak gelak tawa yang istimewa.

Apabila hari guru tiba, ramai pelajar kami yang aku sendiri tidak sangka mereka berbakat mengambil bahagian dalam membuat persembahan seperti Azira yang sekarang giat menyertai pertandingan kawad kaki walaupun tubuhnya rendah dan kecil dan Hayati yang popular serta suka cakap pasal seseorang yang istimewa buat dirinya. Azira berkawan dengan Aini Masyitah yang pendiam, molek, dan manis orangnya. Aini dan Amani sering menyertai kem pengakap bersama.

Cerita mengenai kem pengakap, ada seorang pelajar lelaki berbadan gempal yang bersikap kebudak-budakan bernama Farid. Dia telah terlepas perkhemahan itu namun dia berhasrat untuk menyertai kem akan datang. Dia sungguh popular walaupun naif sedikit kerana tubuhnya, mungkin. Dia bersahabat dengan Wan Aminul yang kini kuli aku dan Fakrul, pembaca komik Jepum tegar. Fakrul duduk bersama Amin yang dikenali sebagai ‘Timun’ kerana dia tinggi (sekarang dia jadi popular sebab nyanyikan lagu Warisan asalnya lagu Sudirman sempena bulan Kemerdekaan,Ahmad Haris yang asalnya dari Indonesia tetapi pandai juga orangnya serta Zikri (mamat ‘hipster’ yang berbadan gempal) dan Fikri Syazwan atau dipanggil tikus oleh orang lain sebab dia kecil.

Ada satu lagi geng pelajar perempuan yang menjadi gempar iaitu geng yang diketuai oleh Nur Ashiqin atau dikenali sebagai Ashiqin Jo yang mempunyai ‘crush’ terhadap pelajar tingkatan 2. Rakan baiknya, Fatin Farihah yang suka nyanyi lagu Inggeris sentiasa berkepit dengannya tidak kiralah ke mana mereka pergi. Selain itu, geng mereka juga ada Hanisah, Umairah dan Noorul Nabila, kawan baik Umairah.

Bella ada sahabat lain iaitu Alia Alesya yang terkenal dengan sikap merengnya yang suka marah Qistina, Alyssa, Azzarina yang digosipkan dengan pelbagai lelaki kerana kesolehahannya dan Dini Syaqirin, pengawas yang cakap seperti marah, tetapi tidak marah pun. Dua lagi jejaka yang malas aku hendak katakan iaitu Farizal, anak emak. Ibunya guru di sekolah itu, jadi dia takut kalau dia buat salah dan Wan Asyraf, budak yang berlagak maco seperti Farizal.

Kini kami saling memahami antara satu sama lain dan boleh sesuaikan diri. Aku pun sudah tidak marah-marah seperti awal tahun dan begitu juga Bella. Antara kenangan yang ‘menarik seperti aku terpaksa berucap tentang bagaimana aku berjaya meraih 7A dalam ujian pertengahan tahun di hadapan pengetua, pertandingan taman arca yang menelan banyak kos, pemilihan baju rasmi kelas. Selalu guru kelas kami, Puan Tan Siew Chin ibarat bidadari yang turun dari langit dengan gaun indah yang prihatin akan perkembangan kami semua. Kami akan bincangkan tentang jamuan kelas, surat ketidakhadiran, dan kelas tambahan khas untuk kelas kami sahaja. Tidak lama lagi, kelas kami akan menjelajah satu Kuala Lumpur. Guru-guru yang mengajar di kelas itu amatlah baik dan walaupun ada yang garang, namun itu untuk kebaikan kami juga selaku pelajar yang menjaga imej kelas 1 Krk.

Sekian, itu sahaja yang aku dapat kongsikan mengenai kelasku. Jumpa lagi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: