Certot

Cempakarella

Hasil nukilan Mira 2 years agoFiksyen 15

Nama aku Cempaka. Aku ada ayah yang sangat baik hati. Ibu yang penyayang. Hidup kami bahagia sangat.

Sejarah hitam bermula…..

Tetapi itu dulu, kini semua sudah berubah. Ibu aku telah meninggal sejak aku berumur enam tahun. Ayah dah kahwin lain. Ayah kahwin dengan seorang janda. Ayah kata aku perlukan seorang ibu untuk menjaga diriku.

Sejak mak tiri aku datang semua benda dalam rumah, aku yang kena buat, mengemas, mencuci, membasuh, semualah.

Yang aku marah ni apabila aku tak nak buat semua kerja tu, dia ugut aku. Dia kata dia akan bagitahu dekat ayah.

Eh… kau nak ke aku bagitahu ayah kau yang kau ni pemalas?” kata mak tiri aku.

Lagi satu bila aku ugut dia balik, dia nak bagitahu dekat ayah yang aku ni kurang ajar.

“Mak, kalau cempaka bagitahu ayah tentang mak tidak buat kerja rumah macam mana agaknya ya?” kata aku.

“Eh… kau jangan nak mengada ya!” jawab mak tiri.

Saat itu, aku sering didera. Aku bukan setakat didera tetapi aku tidak dibenarkan keluar rumah. Nak tak nak kenalah buat kerja rumah. 

Nasib yang berubah.

Aku tetap bersabar, kini aku hampir sebelas tahun. Hubungan ayah dan Mak tiri aku tak lama. Selama ini ayah ada letak cctv di setiap penjuru rumah. Pada mulanya, ayah sendiri tak percaya apa yang dilihatnya. Ayah kumpulkan semua bukti untuk dihantar pada pihak polis. Mak tiri aku telah dijatuhkan talak tiga oleh ayah. Dia juga terpaksa duduk di dalam penjara.

Cempakarella.

“Ayah minta maaf kerana biarkan cempaka berada dalam keadaan bahaya,” kata ayah sambil menangis.

“Tak apa ayah. Benda dah lepas,” jawab aku sambil memujuk ayah.

Kisah aku ni seakan akan cinderella… tapi tak ya. Apapun aku dan ayah lebih bahagia sekarang.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: