Certot

Cedera Parah?

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL about 3 years agoSukan 34

Adib, Akif, Haziq, Adhwa, dan Haris sangat meminati sukan. Mereka telah berkawan selama 10 tahun dan menjadi sahabat akrab.

Suatu pagi, Haziq mengajak mereka semua untuk bermain bola di futsal. Tetapi, Adib menolak kerana dia sudah bosan bermain bola setiap hari. Haris dan Akif menyokongnya kerana mereka juga sudah rasa bosan bermain bola setiap hari.

*****

Hari ni mereka semua bermain basikal di kawasan perumahan mereka. Mereka berseronok dan bergelak ketawa sesama sendiri.

Mereka berlumba basikal siapa yang sampai ke rumah dahulu akan menang. Mereka semua setuju kerana bagi mereka perlumbaan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Namun, malang tidak berbau. Adhwa telah terjatuh dari basikal kerana basikalnya terlanggar batu. Kepala Adhwa berdarah. Haziq, abang adhwa terus memanggil ayahnya untuk menyuruh ayahnya membawa adiknya ke hospital.

*****

Alhamdullillah, Adhwa sudah semakin sembuh. Adhwa cedera parah ketika kepalanya berdarah. Malah, dia juga hilang ingatan. Mereka berasa sedih kerana Adhwa juga tidak mengingati rakan-rakannya yang telah bersamanya selama 10 tahun.

Adhwa dibenarkan pulang ke rumah. Mereka membantu Adhwa untuk mengingati segalanya dan siapa mereka. Semakin lama, Adhwa mengingati siapa mereka. Kini, mereka berasa seronok dan teruskan persahabatan itu!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: