Certot

Catatan Diari Seorang Anak

Hasil nukilan Munawwarah 2 years agoSuperhero 12

21 Januari 2015

Khamis

2.00 petang

Aku sayang ayah aku tak kira apa yang   terjadi.Walau ayah selalu marah aku, tapi aku faham ayahku marah ada sebab. Dulu aku sangat benci terhadap ayah aku kerana dia selalu marah aku sehinggalah satu hari aku jatuh sakit. Ayah aku bawak aku ke klinik untuk berjumpa doktor. Doktor pesan untuk mandi tiga kali sehari. Selepas membuat pemeriksaan. Doktor memberi aku ubat yang banyak. Mak aku suruh aku makan ubatku sendiri kerana aku sudah besar. Mak aku percaya aku boleh jaga diri dan boleh berdikari.

Aku makan ubat untuk sehari kerana aku malas dan ubatnya terasa pahit. Kadangkala mak aku suruh aku makan ubat dan mandi tiga kali sehari. Tetapi aku buat seperti tidak degar suara mak aku. Sampai penyakit aku semakin teruk. Ayahku tergesa-gesa membawaku ke hospital. Doktor berkata aku harus masuk wad untuk empat hari. Ayahku dan makku menangis, aku berasa sedih kerana ingkar kepada makku. Walau makku tegur dengan lemah-lembut, tetapi aku ingkar terhadap perintah mak. Aku menitis air mataku dengan serba rasa salah. 

Selepas mengambil injection, aku masuk ke bilik wad kanak-kanak. Aku terasa sunyi sehingga ayahku datang. Akupun bertanya tentang mak. Ayahku berkata yang mak banyak kerja kat pejabat. Aku pun buat muka selamba. Ayahku buat kerja dengan komputernya. Dia terasa mudah kerana komputernya nipis dan kecil. Aku benci ayahku kerana ayahku tidak tanya kabar. Akupun sabar dengan perbuatan ayahku yang kejam itu. 

Sudah tiba waktu makan malam. Aku makan nasi dengan ikan dori sweet sour. Aku tidak langsung rasa kasihan pada ayahku kerana tidak makan apa-apa langsung kerana aku fikir dia ada duitnya yang tersendiri. Ayah aku pun berkata, “Junaidi, ayah pergi beli makanan tau.” Aku pun menjawab menjawab y terhadap ayahku. Ayahku berlalu pergi.

Aku menangis. Ayahku sampai ke bilik wadku dan terkejut apabila melihat Aku menangis. Ayahku bertanya, ”Kenapa Junaidi menangis?” Aku pun menjawab, “Junaidi menangis sebab rindu mak.” Ayahku memujuk aku dia kata, “Junaidi kena kuatkan semangat. Ayah janji bila Junaidi keluar dari hospital ayah janji ayah akan belikan mainan yang Junaidi nak masa hari jadi Junaidi yang lepas. Ayah tak belikan mainan itu untuk Junaidi kerana ayah tidak cukup duit. Junaidi kena faham situasi yang berlaku pada hari jadi Junaidi yang lepas.” Aku pun berhenti menangis dan ikut kata-kata ayahku. 

Satu hari berlalu aku pun mandi sebelum tidur. Aku berasa terharu kerana ayaahku mandikan di dalam bilik air. Selepas aku keluar dari bilik air, misi datang dan membuat pemeriksaan pada semua pesakit. Misi kata aku semakin sihat. Ayahku dan aku berasa lega mendengar kata misi itu. Ayahku dan aku pun tidur. Sehari sudah berlalu aku masih berada di hospital.

Aku tersedar yang aku bangun lewat untuk solat subuh. “Ayah, kenapa ayah tak kejut Junaidi solat subuh?” aku bertanya. 

“Junaidikan sakit lagi pun macam mana Junaidi nak ambil wudhu,” Ayahku berkata dengan lembut sambil tersenyum. “Ayah bangga dengan kamu. Walau kamu sedang sakit masih teringat nak solat.” 

Aku terkejut akan kata-kata ayahku. Ayahku tidak pernah berkata sebegitu sebelum ini. Ayahku keluar untuk belikan makanan untuk dirinya. Aku berasa bosan. Tiba- tiba aku teringat di dalam bilik wad ada TV jadi aku mengambil alat kawalan TV lalu menukar siaran lain. Aku menguatkan suara TV. Ayahku kembali dan pelik akan sura yang kuat datang dari bilik wad anaknya. Ayahku perasan yang aku memegang alat kawalan TV. Ayahku marah akan aku kerana aku menguatkan suara TV.

“Junaidi kenapa kuatkan suara TV? Junaidi mengganggu pesakit yang lain tau tak?” ayahku berkata.

 “Maafkan Junaidi. Junaidi janji Junaidi tak buat lagi.” Buat pertama kali aku mendengar kata-kata ayahku bila dia marah aku.

Ayahku pun sambung membuat kerjanya. Ting! Suara telefone ayahku berbunyi. Ayahku mengambil telefonnya di dalam biliknya. Ayahku menerima mesej dari bosnya. 

“Rabbani bila kau nak datang pejabat?” 

Ayah aku pun menjawab, “ Lusa aku masuk pejabat.” Aku berasa lega. Aku fikirkan ayahku akan tinggalkan aku di dalam hospital keseorangan.

Selepas aku keluar dari hospital ayahku menghantar ku ke rumah bersama opahku. Opahku peluk aku dan berkata, “Lama tak jumpa Junaidi. Opah rindu sangat dengan kamu.” 

Tiba waktu malam keluargaku menyambut hari jadi mak aku dan menyambut aku keluar dari hospital. Aku berharapan tinggi yang ayahku akan balik ke rumah sebelum majlis ini habis. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Aku berasa ayahku tidak akan datang. Tiba- tiba aku ternampak Kereta Grandis berlalu di hadapan rumah. Aku pun berjalan ke kereta tersebut. Aku terkejut itu adalah ayahku. Aku berlari ke arah ayahku. Aku memeluk ayahku dengan kuat sekali. 

Ayahku bertanya, “Ayah lewat ke?” 

Aku berkata, “Ayah tidak lambat langsung. Ayah datang tepat pada masanya.” 

Ayahku memberikan hadiah yang dijanjikan olehku. Aku meloncat dan memeluk ayahku.

 Aku berkata kepada ayahku, “Pada junaidi ayah adalah superhero Junaidi.”

Ayahku tersenyum dan ketawa kecil. Aku sangat gembira ayahku tidak mungkir janji degan aku.

Selepas perkara itu berlaku, aku sayang ayahku dan aku berasa bangga kerana aku yakin ayahku adalah seorang superhero!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: