Certot

CABARAN KE KOREA

Hasil nukilan Mirza Muiz 3 years agoSukan 33

             

Setiap hari sabtu, Ammar, Mirza, dan Shahril bermain kasut roda. Mereka bertiga sahabat kerana semua barang mereka berwarna merah. Kebiasaannya mereka bermain di gelanggang badminton Taman Naga yang berhampiran rumah Mirza.

“Ammar, apa kata kita bermain di tempat lain pula? Saya sudah berasa bosan asyik bermain di sini saja. Kamu berdua tak rasa bergitukah?” beritahu Shahril kepada Ammar.

“Saya pun sudah mula bosan. Asyik bermain di sini sahaja,” beritahu Ammar pula. 

Mereka bertiga sedang berfikir mahu bermain di mana. Sedang asyik berfikir, tiba-tiba ada satu suara yang menyapa mereka. Ketika mahu membalas sapaan jejaka itu, Ammar dan Shahril jatuh terduduk di atas tanah.

“Ammar, mengapa ini?” Mirza bertanya kepada Ammar.

“Hai, lama tak jumpa,” kata lelaki itu dengan nada sinis.

“Aku… budak yang selalu buli korang kat sekolah rendah dulu.S ekarang semua orang kacak belaka,” beritahu lelaki itu lagi. 

Mirza berasa begitu geram dengannya.

“Siapa kau? Datang sini ganggu kami. Adakah mahu cari gaduh?” tengking Mirza kepada Lelaki itu.

“Hei budak. My name is Zarul. My friends call me Virul,” beritahu budak itu.

“Hei budak nerd jangan sebuk urusan kita orang,” jerit Zarul kepada Mirza.

“Kurang hajar punya bahasa!” tengking Mirza lagi.

Zarul mula takut dengan muka Mirza yang gerun itu.

“Apa kata jikalau kita bertanding lumba kasut roda? Aku mahu seorang sahaja wakil untuk bertanding,” cabar Zarul kepada mereka bertiga.

“Saya yang mahu tawarkan diri. Jikalau begitu kita tak boleh bantah sebab dia yang tawarkan diri,” kata Shahril yang hanya terima semua itu.

*****

HARI PERTANDINGAN

    Mereka semua tiba di gelanggang futsal tepat pada pukul 8.30 pagi. Mereka terus membuat senaman selama 30 minit. Selesai sahaja membuat senaman, mereka mulakan pertarungan.

“Okey, siapa menang akan ke Korea secara percuma dan semuanya sudah tersedia untuk ke sana temasuk hotel, tempat makan, dan sebagainya,” beritahu Zarul.

“Okey!” jerit tiga sahabat itu.

“Ke garisan… sedia… mula!” jerit Shahril kepada para pelumba.

Dalam sedang berlumba, Zarul terjatuh dan membuatkan Ammar tersadung atasnya menyebabkan kecederaan kecil. Mirza terus berlari ke arah Ammar. Manakala Shahril berlari ke arah Zarul.

“Jangan pegang!” jerit Zarul kepada Shahril. Shahril tetap mahu bantu Zarul. Ammar sudah mula berlumba semula dan Zarul baru mahu bergerak.

“Nampak seperti persaingan sengit!” jerit Shahril sebagai pengadil.

  POP BANG BANG

“Nampak seperti Ammar jatuh ditolak oleh Zarul tetapi Ammar menjadi juara kerana Ammar ditolak jatuh atas garisan penamat,” Beritahu shahril kepada semua.

“Yeah, menang!” Mereka gembira dapat bercuti ke Korea.

    Sudah sebulan bercuti Korea, akhirnya mereka puas bercuti.

  TAMAT.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: