Certot

Goodbye Sahabat

Hasil nukilan Aunie hanani 2 years agoFiksyen 33

“Lya, jom!” jerit Nini pada Lya. Lya dengan pantas menuju ke arahnya. Kemudian, mereka berdua terus ke pusat sumber sekolah bersama-sama. Tanpa mereka sedari, ada seseorang melihat mereka.

“Kau tunggu, Nini! Aku pasti akan membalas dendam pada kau, kau tunggu!”

*****

“Apa!” Air mata membasahi pipi Nini. Dia sangat sedih tatkala  Cici berkata begitu. Hatinya luluh tak terkira. 

“Tapi kenapa! Kenapa awak buat saya begini? Sanggup awak!” Tangis Nini sambil menjerit. Entah mengapa, Cici terus meninggalkannya.

“Urgh! Cici! tolong sa… ya.” Nini terus rebah. Dia dikerumuni penduduk di situ .Mereka terus membawa Nini ke hospital.

*****

Nini membuka matanya. Dia melihat uminya sedang duduk sambil menangis. Dia bingung. Belum sempat dia bertanya kepada uminya. “Dah sedar anak umi. Umi risau tahu,” rintih Puan Hawa. Sejak kematian suami tencintanya, Nini menghidap barah otak. Namun, Nini masih belum mengetahuinya.

“Umi, Nini di mana? Nini mahu cari Cici…,” tanya Nini. Dia terus bangun dari katil dan menuju ke arah pintu bilik tersebut. Tiba-tiba….

“Nini!”

*****

Nini termenung. Dia tidak mengerti mengapa semua ini berlaku pada dirinya. Dia menangis semahu-mahunya. Dengan keadaan dirinya ini, tidak mungkin ada orang yang faham. Dia kehilangan ayah tercinta, menghidap barah otak dan kini, dia kehilangan kekuatannya, Cici.

“Kenapa ni, ada masalah? Cuba cerita sikit pada saya,” soal Lili.

“Cici, dia putus dengan saya…,” rintih Nini.

‘Padan muka kau, Nini. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah,’ kata Lili dalam hati.

“Sabarlah, Nini. Mungkin semua ini ada hikmahnya,” kata Lili sambil tersenyum sinis.

*****

“Kenapa awak buat begini pada saya? Apa salah saya pada awak?” marah Nini.

“Ya, memang awak ada buat salah pada saya! Awak rampas Lya dari saya! Haruskah saya berdiam diri?” jerit Lili. Dia telah luahkan segala yang terbuku di hatinya.

Nini kesal. Patutkah seorang rakan yang amat disayanginya lakukan pada sebegitu? Nini beristighfar kepada Maha Esa agar hati Lili lembut.  

“Kami tak bermaksud mahu rampas Lya dari awak. Cuma awak yang membuatkan dia menjauhi awak. Awak kongkong hidupnya, buat dia tidak bebas. Semua ini terjadi kerana sikap ego awak sendiri,” terang Nini. Dia berharap agar Lili terkesan dengan kata-katanya.

Nampaknya kata-kata Nini berkesan. Lili terus meminta maaf pada Nini atas sikapnya itu. Tiba-tiba….

“Argh! Lili, pergi panggil Cici!” Nini terus rebah. Cici yang baru sampai setelah dipanggil menangis lalu memeluk Nini. Dia menyesal kerana mendengar kata-kata Lili yang palsu.

*****

Kini, kisah itu hanya tinggal kenangan. Nini sudah tiada lagi. Dia hanya meninggalkan sebuah diari untuk Cici. Dia masih lagi ingat lagu yang selalu mereka nyanyikan dahulu….

                                                                                            

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: