Certot

Buku Kecil Liana

Hasil nukilan Nana Hanis 1 year agoMisteri

Nur Ain Jannah binti Kamal atau lebih mesra dikenali sebagai Jane mengemas bilik tidurnya yang agak bersepah. Ia bersepah kerana adiknya, Nur Ain Jamilah bermain bersama rakannya di dalam bilik itu. Sedang dia asyik mengemas, tiba-tiba dia tenampak senaskhah buku yang agak berhabuk. 

 ‘Buku siapa ini? Kecil seperti buku Ila, tetapi, ia agak berhabuk dan seperti sudah lama ditinggalkan,’ kata hati kecil Jane.

Dengan segera, dia meniup ke arah buku kecil itu. Dia membuka buku itu dengan perlahan-perlahan. Di muka surat pertama buku itu terdapat butiran biodata pemilik. 

Nama: Nur Ain Juliana binti Kamal. 

Tarikh lahir: 4.5.1986

♥Sila pulangkan buku ini jika terjumpa.♥

Jane terdiam apabila dia melihat maklumat biodata kedua. Jika dia dilahirkan pada tahun 1996. Jadi, si pemilik lebih tua daripadanya. Jane diselubungi rasa ingin tahu. Nur Ain Juliana binti Kamal? 1986? Lebih tua daripada aku? Penuh tanda tanya yang bermain di fikirannya. Jane meneruskan bacaannya. Dia dapat memahami bahawa si pemilik dilayan dengan baik oleh kedua-dua ibu bapanya. 

“Mungkin anak tunggal,” teka Jane. 

Jane menyambung bacaannya. Tiba-tiba, buku kecil itu terlepas daripada genggamannya. Dia mula berasa takut. Apa hubungannya dengan pemilik buku ini? Di muka surat itu tertulis.

12 Julai 1992.

Adikku lahir pada pukul 4.00 petang. Aku menyambutnya dengan gembira. Aku amat sayang kepadanya. Ibuku bercadang mahu memberi namanya Nur Ain Jannah. Aku memanggilnya Little Jane. Aku amat sayang kepada Little Jane.

Dengan segera, dia berlari mendapatkan ibunya. Puan Kamariah berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Jane memeluk ibunya sambil menangis. Ibunya cuba untuk tenangkan dirinya.

“Ibu, Jane ada kakak? Jangan rahsiakannya lagi.”

“Jane, apa yang kamu cakapkan ini?”

“Nur Ain Juliana. Dia kakak saya, bukan? Lahir pada 4 Mei 1986. Betul?” 

Air mata Puan Kamariah mengalir deras. Tidak sangka anaknya akan mengetahui perkara sebenar.

“Betul, Jane. Dia memang kakak kamu. Kakak kamu diculik masa umur dia 10 tahun. Masa itu ibu tidak tahu mahu buat apa. Ibu takut! Ibu takut kamu akan menangis. Menangis mencari kakak kamu! Sebab itulah ibu rahsiakannya! Kamu tidak akan dapat terima siapa kakak kamu!” jelas Puan Kamariah. 

Tiba-tiba, Bibik Ain datang dan memberitahu bahawa.

“Jane, sayalah Lin. Kak Lin. Saya sengaja tinggalkan buku kecil itu di bawah meja kamu. Kakak rindukan kamu! Kakak rindukan Little Jane kesayangan kakak,” kata Bibik Ain. Lalu memeluk Jane. Jane juga membalas pelukannya. 

“Jane sayang Kak Lin.”

“Kak Lin pun sayang Little Jane.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: