Certot

BUDAK SILAT

Hasil nukilan Aqilin 3 years agoSukan 39

             

Abbas bin Shahrizal

   

Sekarang aku berada di sebuah kerusi yang berada di bawah pokok. Manakala angin yang sedang melambai-lambai dan bertiup,  sungguh segar angin pada malam itu. 

Setelah beberapa minit berlalu, tiba-tiba azan berkumandang menandakan masuk waktu solat isyak. Aku pun mengayuh basikal sehingga ke rumahku untuk sembahyang berjemaah bersama ayah dan ibuku. 

Selepas solat isyak berjemaah bersama ayah dan ibuku,aku terus ke bilik untuk tidur di atas tilam yang empuk. 

Keesokan harinya, aku terus bangun untuk solat subuh berjemaah di masjid. Aku terus bangun dari katil untuk mengejut ayahku untuk solat subuh berjemaah di masjid. Aku terus pergi keluar untuk menaiki motor yang sekian lama tidak diguna oleh bapaku. Aku pun menaiki motor untuk solat berjemaah di masjid. 

Apabila tiba di masjid aku mendengar iqamah yang sedap dari bilal yang bertugas setiap hari. Selepas aku bersembahyang subuh berjemaah aku terus ke rumah untuk bersiap ke sekolah. Setelah aku sudah bersiap aku terus pergi ke sekolah tanpa menaiki motor kerana sekolah berhampiran dengan sekolah aku. 

Setelah beberapa minit yang berlalu, aku pun terus masuk ke kelas. Setiap hari aku diejek oleh pelajar yang sangat nakal di sekolah. 

Selepas aku pulang dari sekolah aku tidak tahan dengan keejekan dari budak nakal itu. Aku pun terus pergi ke bilik dan aku terus ke bilik. Aku pun terus baring ke tilam sambil mencari guru untuk mempertahankan diri. Tiba-tiba aku teringat guru kelasku adalah seorang yang mempertahankan diri. 

*****

Keesokan harinya aku terus pergi ke sekolah dengan pantas sekali bagi belajar mempertahankan diri. Aku terus ke bilik guru untuk memanggil guru kelasku. 

Aku pun berkata kepada guru kelas, “Cikgu boleh tak saya berlatih mempertahankan diri?” 

Cikgu berkata, “Kenapa kamu hendak mempertahankan diri?” 

Jawab anak muridnya, “Sebab saya selalu diejek dan dibuli oleh pelajar yang nakal.” 

Cikgu pun berkata, “Boleh, dengan satu syarat kamu kena dengar apa yang saya cakap. Kamu kena dengar apa saya kata, iaitu jumpa malam ini jumpa saya malam ini di padang.” 

Aku pun terus ke rumah dan mengucapkan alhamdulillah. Aku pun menunggu di rumah untuk belajar mempertahankan diri.  Selepas waktu maghrib, aku terus ke padang yang dijanjikan oleh cikguku. Setelah beberapa minit yang telah berlalu, aku pun baring di padang. Aku pun terus baring di padang itu sambil menunggu guru silat aku.Tiba-tiba aku ternampak batu yang sangat besar lalu aku pun terus baling ke belakang aku.

Tiba-tiba batu besar itu muncul kembali di depan aku aku pun berasa takut dan hairan. Aku ternampak kabus di belakangku selepas itu angin pun bertiup-tiup lalu angin pun hilang. Aku pun ternampak seseorang itu memakai baju warna hitam, di kepalanya ada ikatan warna merah, dan perutnya pula memakai tali pinggang warna merah iaitu guru silatnya. 

Aku pun berkata kepada cikguku, “Apa yang hendak saya lakukan pada malam ni?” 

Cikgu berkata, “Kamu kena belajar pada jurus satu hingga jurus terakhir iaitu jurus keenam.”

*****

    Setelah berberapa bulan, aku belajar pelbagai jurus. Aku menerima surat dari rumah aku lalu aku membacanya iaitu poster pertandingan silat di Johor Baharu peringkat negeri. Sesiapa yang menang dalam peringkat negeri, daerah, dan kebangsaan akan mendapat lima ribu ringgit. Pada tarikh sembilan haribulan sebelas tahun dua ribu lima belas. Aku pun berlatih dengan penuh semangat demi mendapat lima ribu ringgit.

    Pada tarikh sepuluh haribulan sebelas tahun dua ribu lima belas dan sebelas haribulan sebelas tahun dua ribu lima belas, aku telah menang dalam peringkat negeri dan daerah.

    Aku pun berlawan dengan kumpulan Henry Gurney iaitu kumpulan yang hebat. Aku pun berlawan dengan cergas sekali lalu aku tumbuk perutnya. Kemudian wakil daripada pelajar Henry Gurney dengan banyak sekali. 

Pengadil pun berkata, “Kumpulan silat yang menang tahun ini ialah Silat Tok Guru.” Lalu aku mengambil hadiah sebanyak lima ribu ringgit.

    Setiap hari aku pergi ke sekolah semua pelajar nakal itu tidak berani mengacau dan membuli aku lagi. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: