Certot

Buah Pinggang Mr.Superhero

Hasil nukilan AAIN EDI 2 years agoSuperhero 56

Kring! Kring!

 

    Lonceng berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan. Diana dan Lyana melangkah keluar dari sekolah. 

“Diana, hari ini awak balik dengan ayah awak atau awak hendak balik dengan saya?” tanya Lyana. 

“Hari ini saya balik dengan awak. Ayah saya sedang bekerja di luar negeri.”

“Ayah awak pergi ke sana berapa hari?” tanya Lyana dengan perasaan ingin tahu. 

“Ayah saya pergi ke sana selama tiga hari.” 

Lyana mengangguk faham lalu mengajak Diana pulang.

*****

 

Ketika berada di rumah.

 

      “Diana, tolong ibu panggilkan Arif. Ajak dia makan,” pinta ibu. 

“Okey, ibu. Arif, jom turun makan!” panggil Diana sambil memanjat anak tangga menuju ke bilik adiknya. Diana mengetuk pintu bilik adiknya. Beberapa ketukan dibuat, tetapi tiada langsung sahutan. Diana pantas membuka pintu bilik adiknya.

 

“Arif!”

 

      Ibu Diana yang mendengar jeritan itu lantas pergi melihat apa yang terjadi. Sesampainya dia di bilik tersebut, lututnya mula bergetar. Dilihatnya Arif sedang berada di pangkuan Diana.

 

      “Kenapa dengan Arif?” tanya ibu dengan suara terketar-ketar. 

“Tak tahu, ibu. Diana ketuk pintu bilik Arif, tetapi dia tak buka pintu. Diana masuklah bilik dia. Masuk sahaja, Arif dah terbaring macam ni,” ungkap Diana.

 

      “Tak apa. Biar ibu telefon ayah. Suruh ayah balik sini segera.” 

Diana hanya mengangguk kerana dia sudah tidak tahu apa hendak dibuat pada masa itu.

*****

Beberapa jam kemudian.

 

          “Macam mana keadaan Arif?” tanya ayah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. 

“Keadaan dia semangkin teruk, bang. Baik kita hantar dia segera.” 

Ayah mengangguk lantas mendukung Arif lalu meletakkan dia di tempat duduk belakang.

*****

 

          Sebaik sahaja sampai di hospital, Arif dikejarkan ke wad kecemasan. Sejam menunggu, seorang doktor keluar lalu berkata, “Arif mengalami masalah buah pinggang. Buah pinggangnya telah rosak dan perlukan penderma.” 

Diana dan keluarganya saling berpandangan. Ayah lantas bersuara, “Apa yang patut kami lakukan, doktor?”

“Salah seorang daripada ahli keluarga kamu perlu mendermakan buah pinggang mereka.”

“Biar saya yang dermakan,” kata ayah. 

Ibu dan Diana saling berpandangan. Ayah menyambung lagi kata-katanya, “Biar ayah sahaja yang dermakan buah pinggang ayah untuk Arif.” 

Doktor mengangguk setuju lalu mengajak ayah untuk menandatangani beberapa borang.

*****

 

Sebelum pembedahan dijalankan.

 

“Ayah pasti yang ayah tidak mahu menunggu penderma lain yang mendermakan buah pinggang untuk Arif?” tanya Diana untuk mendapatkan kepastian. 

Ayah mengangguk laju. “Awak jaga Arif elok-elok, ya? Jaga mereka elok-elok,” pesan ayah kepada ibu.

Mata ibu sudah berkaca apabila mendengar kata-kata ayah itu. Kemudian, seorang jururawat menyuruh kami untuk menunggu di luar sementara pembedahan dijalankan.

*****

 

Setelah pembedahan dijalankan.

“Puan, kami ada dua berita yang hendak diberitahu kepada puan.”

“Apa, doktor?” tanya ibu kembali.

“Berita baiknya, anak puan selamat menerima buah pinggang baru.”

“Alhamdulillah,” ungkap ibu setelah mendengar berita baik itu.

“Dan berita buruknya… kami minta maaf, puan. Suami puan telah meninggal dunia akibat bius yang kami beri terlalu kuat untuk dirinya yang membuatkan dia lemah dan akhirnya meninggal dunia.” 

Mendengar kata-kata doktor itu, ibu mula rebah dan menangis teresak-esak.

*****

“Ibu! Maafkan Arif ibu. Disebabkan Arif, ayah sudah tiada.” 

Ibu memaling ke arah suara tadi. Kelihatan Arif sedang cuba bergerak menggunakan kerusi roda menuju ke arah ibu. Ibu berlari ke arah Arif dan memelukya.

“Arif jangan cakap begitu. Ini bukan salah Arif. Allah lebih sayangkan ayah,” kata ibu sambil memeluk Arif.

*****

 

Sepuluh tahun kemudian.

 

“Ibu, Diana dah balik. Diana ada belikan ibu dengan Arif nasi ayam. Tadi masa balik kerja, Diana nampak ada kedai nasi ayam baru dekat sana. Itu yang Diana belikan untuk ibu.”

“Kenapalah susah-susah nak beli dekat luar. Ibu boleh masak sendirilah, Diana.”

“Alah… ibu ini… Diana saja belikan untuk ibu dan Arif.” 

Ibu ketawa kecil melihat telatah Diana yang masih keanak-anakan walupun telah berusia 20 tahun.

 

          “Assalamualaikum, ibu! Arif dah balik!” jerit Arif dari luar. 

Salam Arif disambut mesra oleh ibu dan kakaknya.

“Eh! Kak Diana dah balik, kenapa tak ambil Arif dekat sekolah tadi?” rungut Arif.

“Kak Dian ingat Arif balik pukul 4.00 nanti sebab tadi Arif cakap Arif ada kelas tambahan untuk persediaan SPM,” balas Diana. 

“Kelas tambahan dibatalkan,” kata Arif sambil mulutnya dimuncungkan tanda merajuk.

“Dahlah tu. Jom makan. Kak Diana ada bawa nasi ayam ni.” 

Kata-kata ibu itu terus membuat muka Arif yang masam mencuka tadi itu kembali ceria.

‘Ibu janji akan jaga kamu berdua dengan baik. Itulah janji ibu kepada ayah kamu.’

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: