Certot

BTSG 1

Hasil nukilan Ainin Kein 2 years agoFiksyen 2

“Yasmin!” Jerit N atau nama sebenarnya Ainin. 

“Kau mahu apa?” Yasmin membalas tanpa memandang N. 

“Betulkah kau mahu tubuhkan satu kumpulan untuk kita? Sebab aku sudah jadi ahli untuk kumpulan tahun lepas dan dua tahun lepas iaitu BTM dan BFF. Kau mahu tubuhkan satu lagi kumpulan?” N meminta kepastian daripada Yasmin atau lebih mesra dipanggil Min. 

“Ya, kita namakan kumpulan kita BTSG sempena nama kumpulan ketika pembentangan sejarah tempoh hari,” jelas Sya panjang lebar.

“Apakah konsep kumpulan kita?” Norish yang baru sahaja selesai membuat latih tubi Bahasa Arab mencelah. 

“Konsep kita? Hmm… kita sebagai detektif. Kita boleh selesaikan kes-kes kecurian wang di sekolah. Kita buat dengan percuma,” Min mencadangkan konsep yang sememangnya digemari N. 

“Jadi, bila mahu mula?” Fiqah mencelah.

“Yasmin!”

Yasmin berpaling saat seseorang memanggilnya. Rupa-rupanya itu adalah Anis. “Awak mahu apa?“Min bertanya. 

“Saya mahu minta tolong.Syakir dan Nazmi bergaduh. Katanya, mereka berebut hendak menggunakan vending machine.” Anis kelihatan amat cemas. 

“BTSG. It’s our first case,” Min bersuara.

*****

Di koridor sekolah, kelihatan dua orang pelajar sedang bertikam lidah. 

“Apa gaduh-gaduh ini?” N menyergah. 

Kedua-dua pelajar tersebut sedikit terperanjat. 

Syakir menjawab, “Nazmilah. Aku sampai dulu di sini. Dia pintas aku!” 

“Apa pula aku? Siapa cepat dialah yang dapat,” Nazmi bersuara selamba. 

“Tapi aku sudah beratur setengah jam di sini!” Syakir bersuara lantang. 

“Berhenti!” N menjerit. 

“Tidak bolehkah kau beratur, Nazmi? Dan Syakir, tidak bolehkah kau bawa bersabar? Semua akan dapat air. Hanya perlu tunggu sahaja,” N menyuarakan pendapat disokong dengan Min dan yang lain. 

“Sekarang, minta maaf dan balik ke kelas,” kata Min. 

Syakir dan Nazmi meminta maaf pada satu sama lain. BTSG bersorak gembira atas kejayaan mereka menjayakan misi pertama mereka.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: