Certot

Blur?

Hasil nukilan Nuha Nabiha about 3 years agoFiksyen 41

“Apa itu blur? Aku pun tidak tahu. Kenapa semua orang cakap aku blur? Apa masalah mereka? Hmm… biarlah. Mulut manusia memang macam tu. Pada masa yang sama juga, aku rindu kawan-kawan aku yang lama,” kata Rita.

“Blur itu maksudnya kita tidak tahu apa yang orang tu cuba katakan. Contohnya orang tu puji baju kita itu cantik. Kita pula macam seronok apabila dipuji, sedangkan dia mahu mengutuk baju kita,” terang Irma.

“Oh, begitu rupanya. Patutlah,” kata Rita sambil menguap kerana mengantuk akibat tidur lewat semalam.

Irma hanya tersenyum nipis melihat gelagat Rita yang menguap mengalahkan Fariz yang bersuara kuat apabila menguap.

Keesokan paginya….

“Rita blur! Rita blur!” jerit Fariz yang bersuara kuat itu.

Rita tidak mengendahkan ejekan Fariz itu manakala rakan sekelasnya ketawa kecuali Irma, kawan baiknya.

“Hey guys! Apa ni! Tak baik tau cakap orang blur! Nak kena ni?” ugut Irma sambil menunjukkan penumbuk saiz S namun menjanjikan kesakitan yang maksima. Irma memang akan naik hantu apabila seorang menghina kawan baiknya.

“Ala, budak skema ni pula mengganggu,” kata Fariz sambil disambut anggukan oleh rakannya yang lain.

“Irma, biarlah mereka. Mereka memang agak nakal. Jadi harap bersabar ya,” pujuk Rita.

“Hmm… baiklah. Jom kita pergi tempat lain,” ajak Irma.

Lalu mereka berdua berjalan bersama-sama hingga ke laman herba milik sekolahnya.

“Irma, aku mahu ucapkan terima kasih kerana mempertahankan aku daripada terkena ‘serangan’ ejekan blur itu,” ucap Rita daripada mulutnya yang merah bak delima dan mungil itu.

“Alah, buat apa nak terima kasih? Itu memang kerja aku. Kitakan B.F.F. Best Friend Forever,” kata Irma sambil tersenyum senget.

Rita hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Irma itu. Mereka saling menggenggam tangan sebagai tanda persahabatan mereka kukuh dan juga tanda mereka saling memahami.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: