Certot

Blinkers Diary

Hasil nukilan Dhia 1 year agoFiksyen

Isnin, 8 Feb 2016

Seronok tidak terhingga, aku lulus UPSR walaupun dapat 2A 3B dan 1C. Aku harap emak dan ayah tidak marah.

*****

Emak dan ayah marah aku sebab aku tidak dapat 6A. Walaupun gred A, tetapi markahnya 80! Hampir dapat 5B. Emak dan ayah memang tidak menyayangi aku! Ini semua salah Qarina! Qarina adik aku, tetapi sejak dia ada, aku dipulaukan sahaja!

*****

Selasa, 9 Feb 2016

Cikgu Tini, ajar aku mata pelajaran sivik. Katanya jika kita ada adik, emak dan ayah lebih sayangkan adik. Ia bermakna adik memerlukan lebih perhatian. Aku rasa sepatutnya aku memberikan sepenuh perhatian pada Qarina. Kini, aku belajar sesuatu yang baru! Kita perlu memberikan sepenuh perhatian kepada adik!

*****

Rabu, 10 Feb 2016

Hari ini, hari lahir Qarina. Aku hadiahkan satu set permainan Barbie pada Qarina. Adikku yang berusia dua tahun, ucap terima kasih. Aku memeluk Qarina. Aku sayang Qarina! Qarina bukanlah seorang adik yang aku sangka selama ini. Qarina mampu membuatkan aku tertawa geli hati. Aku memang sayangkan Qarina till Jannah. Aku sayangkan Qarina sehingga ke syurga.

Sayangilah adik kamu! Tanpa adik, kamu akan kesunyian.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: