Certot

Bila ayah tiada

Hasil nukilan MUHAMMAD HAZIM AZZAM BIN AZZAM 2 years agoFantasi 40

  Pagi itu ialah pagi yang nyaman. Bunyi daun bergesir dan kicauan burung di atas pokok, mewarnakan lagi keindahan pagi itu. Nadia dan ayahnya yang bernama Yusof sedang duduk di bawah sepohon pokok yang rendang. Ayahnya sedang bercerita tentang Pada Zaman Dahulu. Lalu ayahnya berkata

“Kalau ayah tiada, Nadia jagalah adik-adik.” 

Nadia pantas menjawab, “Jangan kata begitu! Nadia tidak sanggup untuk menjaga adik-adik tanpa ayah.”

Tiba-tiba ayahnya jatuh rebah. “Ayah!” jerit Nadia. Dengan bantuan jiran, Nadia terus membawa ayahnya ke hospital.

10 tahun telah berlalu….

    Ayah telah tiada di sisi kami. Kami berasa sedih dan kesunyian kerana tiada lagi yang ingin bercerita dengan kami. Dalam masa yang sama juga Nadia terpaksa berdikari dan bekerja keras demi menyara kehidupan dirinya dan adiknya.

    Semenjak ayahnya meninggal dunia, adiknya yang dulunya malas belajar dan malas bekerja semakin rajin membuat kerja apa yang disuruh dan tidak berkata. ‘Ah! Malas la nak buat apa yang kakak suruh. Hati Nadia begitu sakit sekali apabila mendengar perkataan yang diucapkan oleh adiknya. Hati Nadia berasa amat gembira apabila adiknya sudah berubah dan tiada lagi perkataan ‘ah’ dan sebagainya.

    Tahun ini, Nadia akan menjalani ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di sekolah, Nadia amat menumpukan setiap pelajaran yang diajarkan oleh gurunya. Dia bertekad yang dia ingin mendapat keputusan cemerlang dalam ujian yang akan di jalankan hujung tahun ini. Guru-guru di sekolahnya amat memberikan harapan yang tinggi terhadap Nadia memandangkan Nadia adalah seorang murid yang disenangi oleh seluruh warga sekolah kerana sikapnya yang peramah dan sering bertolak ansur sesama rakan-rakannya.

    Walaupun Nadia bertungkus-lumus untuk ujian SPMnya, Nadia juga tidak melupakan adiknya yang juga akan menjalani Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada hujung bulan ini. Nadia tidak berhenti menasihati adiknya yang bernama Nabil agar dia terus belajar tanpa putus asa. Nadia juga sering mengambil berat tentang adiknya, jika Nabil tidak memahami sesuatu pelajaran itu contohnya pelajaran Matematik. 

Kelemahan Nabil dalam mata pelajaran Matematik ialah cara membuat lokus, algebra, dan lain-lain. Dengan berkat pertolongan Nadia, rakan-rakan dan juga guru-gurunya, Nabil semakin dapat memahami apa yang diajarkan oleh mereka. Dalam peperiksaan percubaan yang lepas, Nabil memperolehi markah yang agak memuaskan atas usahanya selama ini.

  Esok adalah hari keputusan peperiksaan SPM. Nadia dikehendaki datang ke sekolahnya untuk mengambil slip keputusan SPMnya. Setelah mengharungi pelbagai cabaran ketika menjawab SPM pada empat bulan yang lepas. Akhirnya, Nadia memperolehi keputusan yang cemerlang di antara pelajar lain.

  “Assalamualaikum, Nadia. Tahniah! Awak dapat keputusan yang cemerlang. Kalah saya, hahaha,” kata rakan sekelasnya yang bernama Nayli.

“Alhamdulillah. Awak pun apa kurangnya jika ingin dibandingkan dengan saya,” jawab Nadia dengan perasaan yang sangat gembira.

10 tahun kemudian….

  Nadia kini menjadi seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan tidak lupa juga dengan adiknya Nabil yang juga kini menjadi pakar doktor bedah di sebuah hospital Serdang. Hidup mereka kini bahagia.



NAMA     :SITI RAHMAH AL-RIDHA BINTI RIDHAUDDIN

UMUR     :11 TAHUN

SEKOLAH : SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR (SINAR)  

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: