Certot

Bibik Nini

Hasil nukilan Erdina Zukira3 years agoMisteri 77

Bibik Nini ialah seorang amah di rumah Encik Zamzam dan keluarga. Semua orang kelihatan aneh dengan Bibik Nini. Bibik Nini tertanya-tanya mengapa ?

“Aku kan bibik , emangnya kenapa sih orang ramai lihatku dengan aneh?” kata Bibik Nini.

Encik Zamzam seorang jutawan yang terkenal. Dia mempunyai seorang isteri yang cantik dan seorang anak perempuan. Anak perempuanya , Nur Shasha  sudah pun remaja dan berumur 17 tahun. Isterinya , Puan Aisyah seorang pereka fesyen yang terkenal. 

Bibik Nini sudah bekerja bersama Encik Zamzam selama enam bulan. Tiada apa-apa yang tidak baik berlaku kepada dirinya. Dia bersyukur. Sedang dia memasak di dapur, dia teringat peristiwa yang membuatkan dia bertemu dengan keluarga Encik Zamzam.  

Enam bulan yang lalu, dia datang ke Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan. Malam yang hening, semasa dia berjalan ke hulur dan ke hilir dia terlanggar seorang wanita. Wajahnya indah, orangnya ramah dan juga baik hati. Itulah Puan Aisyah. Dia membawa Bik Nini ke sebuah restoran. 

“Nama awak siapa? Mengapa awak datang ke Malaysia?” tanya Puan Aisyah.

“Namaku Zaitulini. Aku dipanggil Nini. Aku datang ke mari ke sini untuk mencari pekerjaan, buk,” jawab Bik Nini

“Oh , begitu. Kebetulan rumah saya sedang mencari pembantu rumah, awak mahu? Mari ikut saya pulang,” kata Puan Aisyah.

“Alhamdulillah, aku mahu. Terima kasih, buk,” kata Bik Nini.

*****

Puan Aisyah membawa Bik Nini pulang ke rumahnya. Sebuah banglo yang besar dan bersih. Bik Nini berasa seram apabila masuk ke dalam rumahnya. Namun, dia terus mengorak langkah . 

“Bik Nini, Bik Nini!” panggil Shasha

“Ya, pak. Bentar,” balas Bik Nini

Bik Nini menaiki anak tangga dan mengetuk pintu bilik Shasha.

“Masuk,” kata shasha.

Shasha memanggil Bik Nini kerana dia ingin berkongsi cerita. Selepas lima jam, dia mendengar pintu rumah dibuka. 

“Bak Sha, saya turun dahulu, ya?” kata Bik Nini lalu pergi ke arah Puan Aisyah.

*****

Bik Nini sedang membersihkan rumah. Tiba-tiba dia terdengar suara orang memberi salam. Dia keluar dari rumah lalu melihat siapa . 

“Ya ampun, Bik Nuri. Emangnya kenapa ke mari?” tanya Bik Nini

“Aku mahu cerita sama kamu,” kata Bik Nuri

Mereka duduk di meja di luar rumah Puan Aisyah.

“Sebenarnya, keluarga Encik Zamzam telah lama meninggal dunia kerana dibunuh oleh perompak. Aku disuruh oleh tuanku supaya beritahu kamu. Sebab itu, kamu dipandang aneh oleh orang ramai,” jelas Bik Nuri.

“Astaghfirullahalazim,” ucap Bik Nini. Dia masuk ke rumah lalu membawa keluar barangnya. Dia kini bekerja di rumah tuan Bik Nura bersama Bik Nura.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: