Certot

BFF: Akan Selalu Bersamamu

Hasil nukilan Nana Hanis 1 year agoFiksyen 4

Syatilla dan Amanda berjalan beriringan ke kantin sekolah. Hari ini, giliran Amanda pula untuk belanja. 

“Ila, tahu tidak penulis novel BFF: Akan Selalu Bersamamu yang kau tergila-gilakan sangat itu, kak Nana akan datang ke sekolah kita? Saya teruja sangat!” jerit Amanda keriangan. 

“Betulkah? Wah, bestnya! Kau mahu tahu? Dia jadi penulis novel sejak menulis certot di web tunassuper.com/storymorie!“jelas Syatilla. 

“Bagusnya! Bolehlah kita jadi penulis remaja macam dia juga, bukan? Terima kasih PTS One!” Amanda sekali lagi menjerit kegembiraan. 

“Ila, kalau kau dan aku sudah popular macam Kak Ain Maisarah, kau jangan lupakan aku, ya!” pesan Amanda. 

“Aku, akan selalu bersamamu. Faham?” kata Syatilla.  

“Terima kasih, Ila. Aku pun akan selalu bersama Ila.”

******

“Syukur! Kita boleh jadi penulis super, bukan? Sekarang kita sudah sepopular Kak Ai!” Syatillah menjerit keriangan. 

“Betul, tetapi Ada ngan Ila akan terpisahlah nanti,” Amanda menjelaskan kebimbangan yang terbuku di hatinya. 

“Ada ni… Ila tengah dalam mood gembira, Ada buat Ila sedih pula. Kan Ila sudah janji dengan Ada yang Ila akan selalu bersama Ada. Sekarang, cita-cita kita sudah tercapai. Kita patut bersyukur sebab Allah pilih untuk merealisasikan impian kita. Allah dah lembutkan hati editor-editor untuk memilih kita. Jangan sedih, okey?” lembut Syatilla menjelaskan. 

“Okey, Ada bersyukur sangat sebab Allah lembutkan hati editor-editor  untuk pilih kita jadi penulis. Ada janji! Dengan peluang ini, Ada akan menulis dengan sebaik-baiknya. Ada janji!” Amanda berazam di dalam hati. Peluang ini datang sekali. Dia akan menggunakannya sebaik yang mungkin.             

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: