Certot

Best Friend Chocolate

Hasil nukilan Akma 2 years agoFiksyen 6

 Hari ini adalah hari yang mendebarkan kerana hari ini Alisya akan mengambil keputusan ujian bulanan. Alisya hanya mampu berdoa selepas sudah lama dia berusaha menjawab soalan ujian bulanan tahun ini.

Alisya sudah berdebar debar. Lebih-lebih lagi kertas ujian sains. Sudah pasti dia akan dapat keputusan yang teruk. Dia hanya mampu berdoa. Dia juga meluahkan apa apa yang dia ingin luahkan kepada Fhatiah, kawan baiknya.

Selepas rehat, Alisya dan Fhatiah terus ke makmal sains kerana waktu pembelajaran sains adalah selepas rehat. Mereka duduk di tempat biasa. Sejurus Cikgu Jamal masuk, satu kelas terus berdiri dan ketua mengucapkan assalamualaikum lalu diikuti murid-murid 1 Bougainvilla.

Cikgu mengangkat tanganya yang menunjukkan isyarat supaya murid-murid duduk. Cikgu Jamal terus mengeluarkan kertas ujian sains dari beg yang digalasnya. Dia memanggil nama murid 1 Bougainvilla seorang demi seorang kerana terdapat seorang dari kelas 1 Bougainvilla, tidak mengenal radas yang diajar olehnya.

Apabila tiba nama Alisya, Cikgu Jamal memandamg Alisya dengan muka yang sedikit bengis. Rupa-rupanya Alisya yang melakukan kesilapan. Cikgu Jamal meminta Alisya mengambil kaki retort dan tungku kaki tiga. Tujuan Cikgu Jamal bukan untuk memalukan Alisya.

Cikgu Jamal ingin Alisya faham antara tungku kaki tiga dan kaki retort. Cikgu meminta Alisya menerangkan kedua-dua radas itu. Selepas diterangkan, Alisya terus ke tempat duduknya. Air mata seperti mengalir di mata. Apakan daya dia tetap menahan supaya air matanya tidak mengalir ke pipi.

Selepas tamat pembelajaran sains, Alisya terus luahkan isi hatinya. Dia berasa sungguh malu dan sedih. Dia terasa ingin menangis sambil meletakkan kepalanya ke atas bahu Fhatiah. 

Fhatiah memberi nasihat pada Alisya. “Orang yang gagal sebernanya hampir dengan kejayaan,” kata Fhatiah. Alisya mula tersedar dengan nasihat Fhatiah.

Dia membalas, “Betul itu. Bagi mendapat kejayaan semanis madu, kita kena lalui kepahitan seperti hempedu.” 

Fhatiah dan Alisya pun terus menuju ke kelas. Mereka tahu bahawa kesilapan itu dapat dibaiki semula.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: