Certot

Bertukar Menjadi Impian

Hasil nukilan Aisya Safura3 years agoSukan 28

Rizsya seorang remaja yang fobia dengan sukan akibat kenangan pahit tentangnya. Dia diherdik dan dimaki oleh rakan sepasukannya akibat kalah dalam Acara Memanah Peringkat Kebangsaan. Sejak itu,dia berpindah dan tidak mahu bersukan.

Satu per satu tawaran yang diberikan oleh rakan-rakannya untuk mengikuti Program 1 Murid 1 Sukan ditolak mentah-mentah. Rizsya sudah serik dengan pengalamannya dahulu.

“Saya berasa kecewa dengan sikap Rizsya. Dia seolah-olah memandang rendah terhadap sukan,” Afrina meluahkan isi hatinya.

“Saya setuju. Kita perlu membantunya untuk bersukan. Dia seakan-akan tidak gemar bersukan,” Najwa juga meluahkan isi hatinya.

“Sebagai kawan, kita perlu membantunya. Sukan amat penting! Dalam hadis mengatakan bahawa ‘akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas’.” Hafizah juga nekad untuk membantu Rizsya.

Maka, rakan-rakan Rizsya nekad untuk membantunya.

*****

Pada pukul 5:30 petang.

“Kami mahu bantu awak untuk mengatasi fobia awak itu.” Syahirah berusaha untuk membantu rakannya.

“Err… saya tidak mahu! Saya tidak akan bersukan!” tegas Rizsya.

“Tetapi ini untuk kebaikan awak juga,” Ainin cuba memujuk sahabatnya.

Rakan-rakan Rizsya cuba untuk memaksanya bersukan. Namun, Rizsya tetap dengan sikap keras kepalanya. Dia memandang rakan-rakannya yang sedang bermain bola jaring. Timbul rasa bersalah di benaknya.

‘Kawan-kawanku seronok bersukan. Sedangkan aku yang hanya duduk di tepi padang.

Tiba-tiba seseorang menyentuh bahunya. Rizsya segera berpaling muka untuk melihat siapakah yang menyentuh bahunya.

Kelihatan seorang lelaki yang duduk diatas kerusi roda, sedang tersenyum ke arahnya.

“Kenapa tidak bermain bersama rakan-rakan di sana?” tanya lelaki itu.

“Saya takut,” balas Rizsya sambil menundukkan kepalanya.

“Abang percaya, adik bukan takut tetapi tiada keyakinan diri.” Lelaki itu tersenyum.

“Tetapi abang tidak rasa apa yang saya rasakan.” Rizsya memberanikan dirinya untuk meluahkan isi hatinya.

“Just call me, Riz. Abang tahu apa yang adik rasai. Malah, lebih dari itu. Abang dulu seorang pemain ragbi di sekolah tetapi segalanya berubah apabila abang pengsan ketika perlawanan,” Riz menceritakan memori pahitnya. Rizsya semakin berminat untuk mendengar.

“Doktor mengesahkan kedua-dua kaki abang lumpuh akibat hentakan yang kuat. Waktu itu, abang hanya mampu redha. Abang hilang semangat untuk bersukan. Abang hanya duduk di rumah sedangkan rakan-rakan abang seronok bersukan.” 

Riz hampir menitiskan air mata.

“Suatu hari, abang sedar tiada gunanya berdiam diri. Abang belajar memanah walaupun hanya berkerusi roda,” Riz menceritakan segalanya tentang kenangan pahit itu. 

Rizsya hanya berdiam diri setelah mendengar cerita Riz.

“Jadi, ambil peluang ini untuk bersukan. Lupakan kenangan pahit dan cipta kenangan indah. Jangan biarkan masa lampau menguasai diri. Capai impian adik.” Riz tersenyum melihat Rizsya.

“Baik! Terima kasih, Riz.” Rizsya bangun dan berlari ke arah rakan-rakannya. Rizsya turut serta bermain. Riz pula hanya memandang Rizsya dari jauh.

‘Selamat tinggal,’ ucap Riz dalam hatinya.

*****

Kini, Rizsya sedar bahawa bersukan amat penting dalam kehidupan harian.B aginya,sukan bagaikan makanan yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hari. Rizsya juga telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam acara memanah Sukan Olimpik. Dia amat bersyukur kerana telah bertemu dengan Riz, yang telah menyedarkannya bahawa tiada apa yang boleh menghalang seseorang untuk bersukan.

Majulah sukan untuk negara!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: