Certot

Beg Baru Aishah

Hasil nukilan balqis qarirah about 2 years agoFiksyen

Aishah berumur dua belas tahun dan dia juga adalah anak pertama daripada empat orang adik-beradik. Aishah sebenarnya berasal dari keluarga yang miskin. Namun begitu, kemiskinan itu tidak pernah menjadi halangan untuknya berusaha membantu keluarganya.

Sejak dari hari pertama persekolahannya, dia hanya memakai beg sekolah yang sama sahaja. Begnya yang sudah terkoyak-rabak itu sering menjadi bahan ejekan rakan-rakannya. Walaupun begitu, dia tetap tabah. Setiap hari dia akan mengumpul wang yang diberikan ibunya. Dia berharap, dengan wang yang dikumpulnya setiap hari itu dapat membeli beg baru untuknya dan juga dapat membantu keluarganya.

Satu hari, sedang dia berjalan keluar dari kelas, dia mendapati sebuah poster yang ditampal pada papan kenyataam. Poster itu menyatakan bahawa Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indah membuat pertandingan membuat poster berkaitan “Faedah Kitar Semula”. Pertandingan ini haruslah di lakukan secara berkumpulan iaitu sebanyak empat orang. Tempoh pertandingan bermula dari 3 Ogos hingga 27 Ogos. Kumpulan yang menghantar lebih daripada tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Borang penyertaan pula boleh didapati di pejabat sekolah. Hadiah pertama akan menerima wang sebanyak RM200. Keputusan pemenang akan diumumkan pada papan kenyataan.

*****

Keesokan harinya, Aishah mendengar rakan-rakanya sedang berbincang tentang pertandingan membuat poster yang dibacanya pada papan kenyataan semalam.

Aishah bertanya kepada rakan-rakannya yang sibuk berbincang itu, “Assalamualaikum, boleh saya sertai kumpulan awak?”

Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan, iaitu Anis yang kelihatan sombong membalas soalan Aishah dengan angkuh, “Hey, Aishah! Kau cermin diri kau itu sikit! Beg sudahlah buruk, koyak-rabak pula itu! Pakaian pun selekeh! Miskin lagi! Ada hati mahu masuk kumpulan kami! Kumpulan ini untuk orang kaya sahaja!”

Kata-kata Anis itu benar-benar membuatkan hati Aisyah terluka. Aisyah kemudiannya melangkah kaki seribu menuju ke tandas.

“Ya Allah! Mengapa mereka benci aku, sedangkan aku tidak pernah sakitkan hati mereka,” kata Aishah sambil menangis teresak-esak.

Tiba-tiba, seorang pelajar perempuan, iaitu Sofia dari kelasnya menuju ke arahnya. Dia memujuk Aisyah lalu berkata, “Aishah, awak kena sabar. Semua orang mendapat cabaran, Tuhan beri kita cabaran kerana Tuhan ingin menguji kita bahawa kita boleh sabar ataupun tidak. Awak kena kuatkan semangat, awak tidak perlu fikirkan sangat kata-kata Anis tadi. Saya akan benarkan awak sertai kumpulan kami, okey! Rehat nanti kita ambil borang, ya!”

“Terima kasih, Sofia! Saya amat bersyukur!” balas Aishah melonjat gembira.

*****

      Setelah berakhir pertandingan, mereka mendapati bahawa kumpulan mereka mendapat tempat pertama. Aishah sungguh gembira tidak terkata kerana dengan wang itu dia dapat membeli beg baru dan dia juga dapat membantu keluarganya.

      *****

    Sejak hari gembiranya itu, Aishah tidak lagi diejek oleh rakan-rakannya kerana Aishah sudah mempunyai beg yang baru, dia juga tidak lagi berpakaian selekeh. Ibu bapa Aishah sangat gembira dengannya. Anis juga sudah berbaik dengan Aishah. Anis meminta maaf kerana memandang rendah terhadapnya.                          

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: