Certot

The Best Piano

Hasil nukilan Naufal 5 B 1 year agoFiksyen 12

Kelas Piano Cikgu Friesten….


“Boleh tak awak main piano itu betul-betul? Sudahlah memekik, lagilah awak main kuat sangat!” ujar Cikgu Friesten kepada anak murid pianonya, iaituYong An Jung yang baru sahaja bermain paino buat kali pertma.

“Maaf, cikgu. Sekiranya saya bermain salah, mungkin pada minggu yang akan datang saya akan gigih berusaha untuk bermain piano,” ujar Yong-An Jung kembali kepada cikgu Friesten.

“Sudahlah, sekarang sudah menunjukkan pukul 6.15 petang. Kamu boleh balik ke rumah dan berehat sahaja,” ujar cikgu Friesten dengan menepuk bahu Shiela  dengan lembut.

“Baiklah, cikgu selamat tinggal,” ujar Yong An Jung dengan melambai tangan ke arah Cikgu Friesten.

“Hei, Yong Apa terjadi tadi? Saya nampak awak kena marah dengan Cikgu Friesten. Betulkah?” tanya Nara Sheng Pang, iaitu merupakan,kawan baik Yong.

“Tidak mengapa. Lagipun ini semua adalah pertama kali saya main piano. Jadinya, pasti memang akan teruk.”

“Oh, di sini kamu berdua. Puas mahu mencari awak berdua di merata tempat!” ujar Kang-Ai Yun dan juga Sha Na-Ra.

“Seronok tak Yong bermain piano buat kali pertama di kelas Cikgu Friesten?” tanya Ai-Yun kepada Yong.

“Mestilah sebab cikgu Friesten merupakan idola saya  bermain piano. Sudahlah kacak, ramai perempuan di sekolah kita yang mahukan kelas piano, bukan?”

“Sudahlah, semoga berjumpa lagi. Selamat tinggal!”

*****

Di rumah..

Yong  sedang bermain permainan aplikasi iaitu Piano tiles 2 di tablet birunya itu.

“Ala, asyik kalah sahaja! Macam manalah mahu bermain piano di atas pentas dengan pemain profesional.” Nada Yong yang nyaring membuatkan dia semakin sedih.

*****

Di sekolah perempuan Shi-An NaMi.

“Wah ,cikgu Friesten kata siapa yang pandai bermain piano seperti Mozart pasti akan bermain di pentas bersama pelajar sekolah lelaki Fak-Min Gong!”

“Dengar cerita pelajar mereka semuanya hebat belaka daripada Mozart katanya.”

“Cikgu Friesten, bolehkah saya mahu bermain untuk cuba naik ke atas pentas nanti?” ujar Yong.

“Cubalah kamu bermain jika kamu boleh melakukannya.”“

Dari kelas sana, situ, dan dari barat jawa timur sudah terdengar bunyi piano yang dimainkan oleh Yong sememangnya nyaring dan juga merdu dibuatnya. Ramai pelajar perempuan berunsur ke kelas piano bagi melihatnya.

“Wah, hebatnya budak perempuan dari kelas 3 itu!” 

“Ya, sekejap sangat sudah dia pandai main puji semua yang berada di situ.”

*****

Di pentas

“Pastiasekolah kamu semua akan jatuh dan malu,” kata Sheng-A kepada Yong.

“Pasti kamu semua yang akan terima kekalahan daripada kami!”

“Bukan main juga kedua-dua sekolah ini memang merdu dimainkan pianonya!”

“Pemenang piano musim panas adalah Yong An-Jung! Akan menerima sebanyak RM 10,000. Beliau memenangi pakej ke Seoul, Korea.”


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: