Certot

Be Patient, K-Pop!

Hasil nukilan Rose Syafiqah 2 years agoFantasi 107

Fiqa mengeluh. Dia benci orang yang membenci K-Pop. Ramai yang kata K-Pop melalaikan. Melalaikan ke? Solat tak pernah tinggal. Hm… orang tak tahu, K-Pop paling banyak dugaan. Kim Tae Yeon (SNSD) dibash kerana rapat dengan Baekhyun (EXO). Taeyeon sakit! Ladies Code pun sama. EunB dengan RiSe meninggal kerana accident. Sedih tau! Hah! Lagi satu, GFriend jatuh menari Me Gustas Tu lebih lima kali. Tak kasihan ke? Manusia… manusia….

“Fiqa!” Satu panggilan membuat Fiqa tersentak. 

“Oh, Lyna rupanya.”

“Jom, lupa ke?” Lyna bertanya kepada Fiqa. 

“Eh, mana ada!!” bentak Fiqa. 

“Hehe… hmm… cepatlah. Nak ajak Suha lagi, Eyin lagi, Saibah lagi. Hah! Syirah lagi. Cepatlah!” jerit Lyna. 

“Fiqa, siapa yang menjerit tu?” ibu Fiqa bertanya dari dapur. 

“Tak ada apa, ma. Lyna yang jerit,” cakap Fiqa sambil menjeling Lyna. 

“Dah, jom!” bisik Lyna. Fiqa hanya ketawa dalam hatinya sahaja.

Di City Square….

“Aigoo… Lyna, teman aku kejap. Nak ‘syisyi’...,” panggil Suha kepada Lyna. 

Lyna mengganguk tanda faham. 

“Fiqa! Tengok ni!” jerit Saibah. 

“Apa!?” bentak Fiqa. 

“Wow! Baju EXO!” riang Fiqa. 

“Khaja… let’s buy it!” ajak Saibah. 

“Jom!” Fiqa menarik tangan Saibah. 

Ketika mereka sedang membayar, Syirah ternampak seorang lelaki Korea duduk di tepinya. Lelaki itu menegurnya dan berbual dengan Syirah. 

“Ottokhae! Syirah dengan mamat Korea?” jerit Saibah. 

“Yah! Jangan jerit boleh tak!” marah Fiqa.

“Yes! This place very exciting!” balas Lee Ha Seok. 

“I hope you will fall in love in Malaysia.” Senyum Syirah. 

Tiba-tiba….

“Syirah!” terjah Fiqa dan Saibah. 

“Eh!!” Syirah terkejut. 

“Annyeong… Fiqa imnida.” Fiqa menyapa Lee Ha Seok dengan petah sekali. 

“Annyeong… Saibah imnida.” Saibah juga menyapa Lee Ha Seok. 

Sedang mereka berbual, Lyna dan Suha juga menyapa Lee Ha Seok.

Selepas Lee Ha Seok beredar, mereka merancang hendak pergi ke tempat lain.

“Wait! Rasanya macam kurang. Hah! Mana Eyin?” Lyna terkejut. 

“Here.. Are you guys want to go home?” balas Eyin dengan biasa. 

“Eyin!” Mereka berlima memarahi Eyin. 

“It’s okay. Eyin lain kali beritahu kami kalau nak pergi tempat lain, okey?” nasihat Suha. 

“So sweet,” Syirah menyampuk. 

“We are best friends!” sorak mereka berenam.

Ketika Fiqa pulang, seorang perempuan Korea tunggu di depan rumahnya. Fiqa mengajaknya ke dalam. Nama perempuan itu ialah Jung Soo Yeon. 

“Eh sekejap. Macam pernah dengar. Hah! You are Jessica, right?” teriak Fiqa. 

“Yup… my name is Jessica.” Senyum Jessica.

“Are you happy with your life, Jessica?” tanya Fiqa. Fiqa tahu bahawa Jessica ialah former ahli Girls Generation (SNSD). 

“Hmm… I don’t know that I’m happy or not….” Tunduk Jessica.. 

“Be patient, Jessica. Be patient, K-Pop,” bisik Fiqa.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: