Certot

Bas sekolah

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 35

   “Fiqah, cepatlah siap. Nanti bas nak datang dah,” kata Puan Ika.

“Hmm… baik ibu,” jawab Fiqah lemah.

“Fiqah, kamu tak sihat?” soal Puan Ika.

“Tak adalah. Fiqah sihat sahaja,” balas Fiqah.

Pin! Pin! Pin!

Bunyi hon dari sebuah bas sekolah menandakan bas sekolah yang mengambil Fiqah sudah sampai.

“Fiqah pergi sekolah dulu ibu,” kata Fiqah kepada ibunya.

“Faiz cepatlah. Bas dah sampai,” kata Fiqah kepada adiknya, Faiz.

“Ya, kejaplah,” kata Faiz yang sedang memakai kasutnya.

___

Akhirnya Fiqah dan Faiz pun selamat tiba di sekolah. Fiqah pun melangkah lemah menuju ke kelasnya.

“Eh Fiqah, kenapa awak tak bersemangat ini?” soal Dira ,iaitu rakan baik Fiqah.

“Saya bosanlah. Hari-hari saya asyik naik bas sekolah. Saya teringin nak naik dengan mak saya,” jawab Fiqah.

“Awak sepatutnya bersyukur Fiqah. Sekurang-kurangnya awak ada kenderaan. Tengoklah saya ni, hari-hari pergi sekolah jalan kaki. Awak tak bersyukurkah?” soal Dira.

Fiqah hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa menjawab soalan Dira.

___

Keesokannya, sebuah kereta jenis Alphard meluncur laju ke Sekolah Kebangsaan Bunga Mawar. Semua pelajar kagum sekali dan orang yang turun dari kereta itu ialah… Fiqah dan Faiz!

“Wah, besarnya kereta awak, Fiqah!” kata Dira dengan perasaan yang kagum.

“Hehe… terima kasih,” jawab Fiqah.

“Emm… Dira, sebenarnya saya ada fikir apa yang awak cakap semalam.Terima kasih sebab dah menyedarkan saya. Lain kali, saya seharusnya bersyukur,” kata Fiqah sambil memeluk Dira.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: