Certot

Bapaku Tidak Pernah Mengalah

Hasil nukilan Allis Alisha about 2 years agoFiksyen 3

  Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak pernah mengalah.D ia memegang prisip, ‘‘Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh’. Oleh yang demikian, bapaku sentiasa berusaha memberi pendidikan terbaik kepadaku.

   Aku dihantar ke sekolah inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku memdapat bantuan kewangan daripada Jabatan Pendidikan.

   Semasa disekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama untuk membeli buku buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai pelajaranku.

    Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima, aku menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.

    Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara, tetapi tidak berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah, tempat bapaku menoreh getah.

   Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh. Akhirnya aku mendapat kejayaan dan bersyukur kepada Ilahi atas rahmatnya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: