Certot

BANGKITLAH

Hasil nukilan Muhammad Adli 3 years agoSukan 352

Shahira merenung kertas yang berwarna putih itu. Rasa seperti mahu menjerit dan dilaungkan sekuat hatinya. Shahira yang sedang berangan dikejutkan oleh kawannya.

‘‘Shahira, jangan beranganlah,’’ kata Aqilah, kawan baik Shahira.

‘‘Betul kata Aqilah.’’ Tiba-tiba Shakira, kembarnya mencelah.

Shahira tersimpul malu. Tiba-tiba namanya disebut oleh Cikgu Wan Ismawi. Shahira terus bergegas ke arah Cikgu Wan Ismawi.

‘‘Shahira, esok awak mesti memakai baju sukan. Esok awak, Fatin Maisarah, Adli. dan Nabil akan berlatih di Institusi Perguruan Tun Hussein Onn,’’ kata cikgu Wan Ismawi panjang lebar.

Shahira mengangguk faham. 

*****

Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu mereka balik. Sampai saja di rumah, Shahira terus memberitahu ibu dan ayahnya. Shahirah memberitahu dengan gembira, ibu dan ayahnya sangat bangga dengan anaknya.

‘‘Shahira, kau tidak kemaskan barang untuk esok?’ ‘kata Shakira yang takut kembarnya tidak membawa barangan untuk bersukan nanti

‘‘Aku sudah kemas dari petang tadi,’’ kata Shahira dengan lemah lembut.

*****

Pada keesokan hari, Shahira dan rakan-rakan atletnya menunggu Cikgu Wan Ismawi. Setelah lima minit menunggu, mereka melihat kereta Cikgu Wan Ismawi sudah berada di pintu pagar. Mereka terus menaiki kereta itu. Setelah sampai di destinasi, mereka mengambil barang-barang mereka dan terus bergegas ke gelanggang skuasy yang cukup mengagumkan.

‘‘Cikgu, di sinikag pertandingan skuasy diadakan?’’ tanya Shahira dengan teruja.

‘‘Ya, Shahira. Cikgu akan melatih awak dan rakan-rakan awak untuk meraih pingat emas. Cikgu tidak meletakkan harapan yang tinggi, tetapi cikgu nak awak semua buat dengan bersungguh-sungguh,’’ kata Cikgu Wan Ismawi.

*****

Shahira membuat latihan dengan bersungguh-sungguh. Tepat pada hari yang dinantikan, Shahira yang berpakaian serba hijau terus berjumpa cikgunya untuk melihat jadual perlawanan. Sebaik sahaja Shahira mahu melihat jadual perlawanan, tiba-tiba namanya dipanggil oleh seorang pengadil dia harus bersedia kerana lagi beberapa minit lagi perlawanannya menentang salah seorang pemenang tempat keempat akan bermula.

‘‘Shahirah menentang Aisyah, gelanggang B,’’ kata pengadil itu.

Shahirah memasuki gelanggang itu dengan membaca Al-Fatihah dan berzikir untuk menenangkan hatinya. Shahira berjaya mengawal keadaan dengan sungguh bertenang. Dia berjaya menewaskan pihak lawan dengan 11-5 dan 11-2 dalam  masa 30 minit sahaja. Cikgunya berasa sungguh gembira melihat kemenangan pertama di pusingan pertama. 

Shahira berjaya melayakkan diri ke suku akhir menentang Nur Aleeya yang berada di kedudukan keempat di daerah Batu Pahat. Shahira mula gelisah apabila di set pertama dia dikalahkan dengan 11-9. Shahira berjaya bangkit di set yang kedua dan ketiga setelah berjaya menewaskan 11-9 dan 11-7.

Shahira memasuki ke separuh akhir menentang kawan sekolahnya iaitu Fatin Maisarah. Dengan mudah sahaja, Shahira berjaya mengawal gelanggang dengan 11-5 dan 11-9. Dia sekarang bertemu dengan ratu skuasy Batu Pahat. Nor Ain Syuhada. Dengan perasan yang ingin disarungkan pingat emas, Shahira bermain dengan sunggu bertenaga. 

Perlawanannya menentang Syuhada sangat sengit dan perlu dilanjutkan ke set ketiga. Shahira berjaya melepasi Syuhada dengan 10-9. Dia perlu mengutip satu mata sahaja lagi untuk menjadi juara dan terus membawa pingat emas. 

Dalam sebuah permainan pasti ada penipuan, Syuhada menendang kaki Shahira yang membuatkan Shahira tidak dapat memukul bola. Shahira terus terbaring. Dia tidak mampu untuk berdiri.

Dia teringat kata-kata ibunya. “Bangkitlah anakku untuk mengejar kejayaan.” 

Shahira cuba berdiri dan akhirnya dia bermain dengan cukup bersemangat. Shahira berjaya meletakkan dirinya di hadapan setelah mengharunginya dan dia berjaya menjadi juara dengan 5-11, 11-7, dan 12-10. Dia berjaya membanggakan ibu ayahnya dan sekolahnya. Nor Ain Syuhada disingkirkan untuk mendapat pingat perak. Shahira berasa gembira.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: