Certot

BAKAT TERHEBAT

Hasil nukilan Athirah 2 years agoSukan 23

Aku mempunyai seorang kawan yang bernama Aishah atau lebih dikenali sebagai Ica. Ica merupakan seorang remaja yang pendiam tetapi pandai. Dia sering diejek oleh rakan-rakannya kerana tidak mengikut fesyen terkini.

Ketika sedang menyiapkan laporan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Fakharudin dengan menggunakan komputer di bilikku, tiba-tiba ada mesej yang terpapar di skrin komputernya.

Dengan pantas aku membuka dan membaca mesej yang dihantar oleh Cikgu Fakharudin. aku membaca mesej tersebut satu per satu dengan teliti. Ketika aku menghabiskan ayat terakhir dari mesej tersebut, aku menjerit dan terus melompat.

Ahli keluargaku terdengar jeritanku. Lalu mereka menuju masuk ke bilikku.

“Kenapa dengan kamu ni, Adira?”

“Cuba emak baca mesej di skrin komputer Adira.”

Tanpa melengahkan masa, emak menuju ke komputer riba milikku. Emak tersenyum apabila membaca mesej tersebut.

“Emaknya, kenapa kamu tersenyum sampai ke telinga? Apa yang terjadi sebenarnya ni?” tanya ayah kepada kami berdua.

“Adira!”

“Kenapa dengan dia? Cakaplah cepat.”

“Ish, ayah ni. Tunggulah sehingga emak habis cakap.”

“Baiklah, cepat teruskan. Tak sabar nak dengar ni.”

“Adira dapat mewakili sekolah dalam pertandingan badminton acara beregu!” ucap emak dengan sekali nafas.

“Alhamdulillah. Tidak sia-sia ayah hantar kamu ke sekolah setiap petang untuk menjalani latihan”

*****

Seperti biasa, aku menaiki kereta milik bapa Ica ke sekolah. Di dalam kereta, aku menceritakan kejadian semalam kepada sahabat karibku sambil didengari oleh bapa Ica, Encik Fakhri.

“Wah, baguslah tu Adira. Ica, kamu tak nak masuk juga ke pertandingan tersebut?”

“Ica mana tahu main badminton,” Aishah menjawab ringkas.

“Takkanlah kamu tak tahu lagi. Bukan ke tiap-tiap minggu….”

Tiba-tiba Aishah menyampuk.

“Ayah, kami dah sampai sekolah. Kami keluar dulu ya!”

Sebaik sahaja keluar dari kereta, aku bertanya kepada Aishah. “Ica , kenapa awak tak benarkan ayah awak habiskan bercakap? Selepas ayah awak habis bercakap, barulah kita keluar daripada kereta.

“Nanti kalau kita lambat macam mana?”

“Ada 10 minit lagi sebelum loceng berbunyi.”

“Baiklah, Adira. Awak nak dengar sambungan dari ayah saya tadi?”

“Boleh juga.”

Belum sempat Aishah berbicara, aku terdengar suara dari arah belakang memanggil namaku. Aku cepat-cepat menoleh. Rupa-rupanya suara itu suara Cikgu Fakharudin. Beliau memanggiku lantas aku berlari ke arahnya.

Tidak lama selepas itu, geng Sofea atau lebih dikenali sebagai The Hot Team datang ke arah Aishah.

“Cuba kamu lihat tikus mondok ni. Ops! Ica. Dia datang daripada keluarga yang kayaa tetapi pakaian seperti pengemis jalanan,” kata Sofea sambil disambut dengan derai tawa rakan-rakannya.

Aishah berlalu pergi tanpa menhiraukan usikan mereka.

*****

Ketika waktu rehat, aku dan Aishah pergi ke kantin bersama-sama. Sebaik sahaja kami mendapatkan tempat duduk, Aishah memulakan bicaranya.

“Kenapa saya tengok Cikgu Fakharudin asyik panggil awak sahaja?”

“Cikgu ingin membuat latihan badminton untuk saya,” ujarku ringkas.

“Oh! Siapa lagi yang masuk pertandingan tu?”

“Ada dua pasukan beregu. Satu lelaki dan satu lagi perempuan. Yang lelaki diwakili oleh Suhaimi dan Azlan. Yang perempuan pula saya dengan Huda.”

Sebenarnya, Huda adalah ahli pasukan The Hot Team. Dia sangat aktif tetapi cerewet.

“Bila lagi awak ada latihan?”

“Selepas rehat mungkin ada lagi dua latihan dan saya boleh masuk ke kelas.”

“Boleh tak kalau saya nak tengok awak berlatih petang nanti?”

“Maaf, tidak boleh. Petang ini saya ingin membeli baju sukan yang baru.”

“Hmmm. Bila awak free?”

“Saya tidak pasti.”

Tidak lama selepas itu, loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Aku pergi ke dewan, manakala Aihah menuju ke kelasnya.

*****

Ketika aku sedang berlatih, satu kelas menuju ke dewan. Kelas itu ialah 6 Berlian, kelasku dan juga Aishah. Rupa-rupanya Cikgu Fakharudin menggantikan Cikgu Ina yang sedang cuti bersalin.

‘Tercapai juga hajat awak untuk melihat saya berlatih, Ica,’ kataku dalam hati.

Sedang kami berlatih, tiba-tiba Huda mengeluh.

“Cikgu! Bolehkah jika saya menarik diri?” kata Huda dengan gediknya di hadapan Cikgu yang berbadan tegap itu.

“Kenapa awak hendak menarik diri pula?” 

“Saya penatlah Cikgu. Asyik ada latihan je. Lama-lama nanti saya akan pengsan akibat terlalu letih.”

“Awak ni, Huda. Cikgu dah pilih awak untuk mewakili sekolah. Berlatihlah dengan bersungguh-sungguh. Di mana Cikgu  ingin mendapatkan pemain baru?” kata Cikgu Fkharudin dengan nada yang marah.

“Cikgu suruhlah budak kelas 6B ni buat latihan untuk cari pemain baru. Saya nak balik kelas dulu. Saya dah penat!” Huda mengucapkannya dengan muka bersahaja.

Cikgu Fakharudin mengarahkan murid kelas 6B menunjukkan bakat dalam sukan itu. Seorang demi seorang mencuba nasib tetapi gagal. Yang tinggal hanyalah Aishah.

“Baiklah, Ica. Sekarang hanya tinggal giliran kamu. Cikgu mahukan yang terbaik daripada awak. Cikgu tak mahu awak gagal.”

Aishah memulakan permainan dengan pukulan yang tangkas.

Serangan demi serangan yang diberikan oleh Cikgu Fakharudin berjaya dipukul oleh Aishah.

Setelah beberapa minit Aishah menunjukkan bakatnya dihadapan Cikgu Fakharudin, akhirnya dia menepuk tangan kepada sahabatku.

“Tahniah Aishah. Cikgu tak sangka awak dapat bermain dengan baik sekali. Kenapa selama ini kamu tidak mahu menunjukkan bakat kamu itu? Kamu ada membuat latihan di mana-mana ke?” tanya Cikgu Fakharudin dengan perasaan bangga.

“Saya ingin tumpukan pada pelajaran, cikgu. Saya tak mahu pelajaran saya terabai akibat terlalu aktif dalam bidang ini. Memang selama ini saya ada membuat latihan di pusat badminton.

‘Oh! Jika begitu baguslah. Adakah kamu ingin menyertai sukan ini, Ica?”

Aishah mengangguk tanda setuju. Aku dan Cikgu Fakharudin berasa bangga kerana mendapat pengganti baru dalam masa yang singkat.

*****

Hari demi hari berlalu dengan pantas sekali. Tibalah saatnya untuk aku dan Ica menunjukkan bakat kami di khalayak ramai.

Pada perlawanan pertama, kami tewas kepada sekolah Bandar Maharani. Tetapi, Cikgu Fakharudin dan bapa Aishah, Encik Fakri memberi sokongan kepada kami.

Tibalah saat-saat yang mendebarkan iaitu pengumuman pemenang pertandingan badminton beregu.

Badminton beregu lelaki yang diwakili oleh Suhaimi dan Azlan berjaya mendapat tempat kedua.

Aku mendengar dengan teliti setiap patah perkataan yang diucap oleh juri.

“Pemenang tempat pertama dalam acara ini ialah Sekolah Kebangsaan….”

Hatiku mula berdebar-debar.

“Parit Bunga.”

Aku menarik nafas lega. Aku seakan tidak percaya. Aku, Aishah, dan Cikgu Fakharudin naik ke pentas untuk mengambil hadiah. Akhirnya kami dapat mewakili daerah ke peringkat negeri. Ahli keluarga kami berasa amat bersyukur.

Kumpulan The Hot Team juga jarang-jarang mengejek Ica kerana dia telah berjaya mengharumkan nama sekolah kami.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: