Certot

Baju Pink

Hasil nukilan Syahkitty 2 years agoFiksyen 4

“Hiraz, kau tidak mahu beli baju pink ini?” Sengaja Lukmin melembutkan suara ala-ala anak dara pingitan.

“Pink? Di mana?” Mata Hiraz bersinar-sinar bagai ada cahaya.

“Baju itu di sini,” ujar Lukmin. Baju bertulis PINKY STAR. Sesuai sangat dengan kedai itu.

Cute and adorable,” gumam seorang perempuan.

“Saya mahulah baju ini,” ucap Hiraz. 

Satu tangan mencapai dari arah lain.

“Hei, saya ambil baju ini dahululah,” cakap Hiraz dengan mata yang terjeling-jeling bagai hendak juling.

“Mata awak juling?” Sinis sungguh ayat perempuan itu.

‘Comel, tapi tajamnya cakap dia,’ detik hati Hiraz. “Apa pandang-pandang? Mahu buta?” Memang baju sahaja mempamerkan diri yang feminin, tapi perangainya macam gangster mengamuk!

Urgh… hello .I’ve got it first. Okay?S o it’s mine!” ucap Hiraz sambil merampas baju itu daripada tangan anak dara yang satu itu.

“Hei, mamat pink!” jerit perempuan yang langsung tidak dikenali tapi sudah bermain kejar-kejar. 

Hiraz sudah berjaya memiliki baju itu apabila jurujual sudah meletakkannya dalam plastik.

“Alah, baju itu comel tapi kedai ini jual cuma satu. Hmm… maybe limited edition brand in this shop,” gumamnya perlahan.

  Tiba-tiba gadis itu ditegur, “Hai, nama saya Hiraz. Nama awak?” Nampaknya Hiraz sudi untuk berbaik.

“Nama saya Lisnanis!” jerit Lisnanis.

“Panggil?” Nampaknya Hiraz masih tapi Lisnani seperti tidak sudi apatah berbual lagi!

You don’t have to know my nickname or cute name.” Kasar sungguh suara Lisnanis. Lisnanis berlalu keluar bersama temannya yang diberitahu oleh Lukmin bernama Lylais.

  *****

  Hiraz berjalan dengan laju kerana mengetahui ada sebuah butik pink yang terbaru. Hiraz berlari-lari anak menuju ke butik itu tanpa menyedari malapetaka akan berlaku. Dari sisi lain, ada anak dara yang berlari laju juga menuju ke butik itu. Akhirnya… BAM!

  Mereka ditakdirkan terjatuh bersama. Meracau-racau Lisnanis terjumpa Hiraz. “Awak lagi?Tidak puas hati dengan baju itu?” jerit Lisnanis.

“Hei, yang awak mengamuk tidak tentu fasal, mengapa? Gila?” herdik Hiraz.

Mengadanya mamat pink ini,” ejek Lisnanis. Memang mengamuk sakan Lisnanis sehingga Hiraz terkedu buat sementara waktu.

“Maafkan saya.” Itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Hiraz kerana Lisnanis begitu mengamuk dan meradang habis-habisan. Kata-kata itu juga mampu menghilangkan amukan Lisnanis yang begitu berleluasa tadi.

“Maafkan saya juga,” tutur Lisnanis perlahan.

“Kita kawan?” ajak Lisnanis.

“Teman?” balas Hiraz dengan soalan.

“Teman lelaki dan perempuan,” tutur Hiraz.

“Kita memang teman lelaki dan perempuan. Otak awak senget ke?” tanya Lisnanis.

“Senget sebab awak.” Balasan Hiraz mampu membuatkan pipi Lisnanis merah jambu seperti baju pink Hiraz.

“Mengada!” ucap Lisnanis lalu segera berlari melepaskan diri daripada membenarkan pipinya hangat lagi.

I really want to know your cute name, please.” Ucapan yang agak mendayu itu membuatkan larian Lisnanis terhenti dan sekali lagi pipi Lisnanis menghangat.

My cute name is… Lis.” Pendek tapi comel kata-kata Lisnanis bagi Hiraz.

“Jom, kita pergi butik Girl Boy Star,” ajak Lisnanis. Mereka kali ini membeli-belah sambil tersenyum.

  *****

“Apa cerita kau dengan minah itu?” Lukmin memulakan topik.

“Okey.” Pendek balasan Hiraz.

“Okey sahaja? Aku dengan Lylais sedang hangat.” Lukmin cuba membuatkan Hiraz cemburu akan dia dengan Lylais. Walaupun mereka berdua setakat berkawan sahaja.

“Dia kata kami berdua boleh berkawan,” balas Hiraz.

“Berkahwin boleh?” seloroh Lukmin.

“Dia kata kita kena belajar untuk maju. Lagi, dia kata sekarang bukan waktu yang sesuai. Betul kata dia,” cakap Hiraz. 

Lukmin terdiam seketika. “Ayam di kampung kau hidup lagi?“Lukmin cuba menukar topik yang dibualkan. Manakala Hiraz berkerut pelik melihat kelakuan sahabatnya itu.

                                    

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: