Certot

Badminton Girl

Hasil nukilan AAIN EDI about 3 years agoSukan 39

Detik-detik cemas di antara Badminton Girl bersama Fantastic Girl amat mendebarkan para penyokong yang berada di dalam dewan.

“Ingat! Ikut seperti mana yang telah kita rancang sebelum ini.” Kedengaran suara Melina memberi arahan.

“Badminton Girl! Go! Go! Go!” Dengan jeritan itu,maka bermulalah pertarungan diantara mereka.

Bulu tangkis yang dipukul oleh Farrah dari kumpulan Fantastic Girl melambung tinggi ke udara. Melisa yang perasan bulu tangkis itu sedang datang ke arahnya terus memukul kembali ke arah pihak lawan.

Perlawanan itu berlangsung dengan dahsyatnya. Markah yang dicatat adalah 19-19. “Macam mana ini, Melina? Kalau juri main rambang mata sahaja pilih bagaimana?” tanya Mona. 

“Tidak apa. Kita sabar sahaja sementara menunggu keputusan juri.”

“Pihak juri telah bersetuju bahawa perlawanan akan diteruskan.” 

Pengumuman itu tadi telah membuat kedua-dua pihak lawan berasa lega. 

“Perlawanan akan dimulakan pada pukul 2.00 petang nanti. Diharap semua pemain dapat tiba di gelanggang tepat pada waktu yang telah ditetapkan.”

“Saya cadangkan kita berehat sambil memikirkan strategi bagi memenangi perlawanan ini.” 

Semua mengiakan apa yang dikatakan oleh Masyitah. Mereka terus menuju ke bilik persalinan bagi membincangkan perihal tersebut.

Tetapi tidak pula Fantastic Girl, menghabiskan masa itu dengan pergi ke spa milik mama Qira. 

“Buat apa berlatih lagi. Selama ini kita banyak menghabiskan masa dengan berlatih, berlatih, dan berlatih….” Qira langsung tidak kisah dengan perlawanan tersebut.

“Qira, awak mahu memenangi perlawanan itu, bukan?” tanya Fira.

“Memang betul apa yang awak katakan itu betul. Tapi tidak semestinya setiap minit ,setiap saat kita perlu berlatih. Kita juga perlulah ada masa untuk berehat seperti sekarang.”

Fira hanya mengangguk walaupun dalam hati dia agak bimbang.

Akhirnya masa yang ditetapkan telah pun tiba. Kumpulan Badminton Girl sudah berada di dalam gelanggang. Keadaan dewan menjadi hingar-bingar apabila mendapati Fantastic Girl masih belum memasuki gelanggang. Para penyokong mula bimbang.

“Minta perhatian kepada kumpulan Fantastic Girl, sila datang ke gelanggang sekarang. Ulang suara, kumpulan Fantastic Girl sila datang ke gelanggang sekarang. Terima kasih.”

Pihak juri yang sudah penat menunggu lantas bangun. Mikrofon yang erat dipegang oleh pengadil diambil oleh salah seorang juri. 

“Sekiranya Fantastic Girl tidak sampai dalam masa lima minit lagi, Badminton Girl akan dinobatkan sebagai pemenang.”

Selepas pengumuman dibuat, Fantastic Girl tiba-tiba muncul  dari pintu utama. 

“Maaf kami lambat.” Mereka memasuki gelanggang lalu mengambil posisi masing-masing. 

Badminton Girl yang menyedari perkara itu  lantas mengambil posisi mereka.

Perlawanan berlangsung dengan sengit. Para pemain bersungguh-sungguh bagi memenangi perlawanan tersebut.

Bacaan terakhir adalah 20-20. Para pemain mula berdebar-debar. Melina yang sedia untuk membuat pukulan turut merasa debaran. Bulu tangkis yang dipukul itu melepasi pihak lawan. Suasana dalam dewan menjadi senyap. Melisa menjerit kegembirangan apabila dia perasan perkara tersebut. Qira insaf dan mula mempelajari sesuatu bahawa masa amatlah berharga dan ia patut digunakan dengan betul.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: