Certot

Ayana Sofia

Hasil nukilan Alia Irdina 3 years agoFiksyen 42

  Oh, hai! Nama saya Ayana Sofia. Pertama, terima kasih yang teramat pada ibu sebab belikan diari ini. Saya suka sangat! Lebih-lebih lagi ia hanya dipenuhi warna ungu! Eh, ibu saya panggillah. Dengarnya dia suruh saya beli garam dan gula. Nanti saya sambung tulis, okey?

——-

Aku pelik. Kenapa semua orang jaga aku? Bila buku ini wujud? Aku siapa? Dia siapa? Wanita itu menangis sebaik sahaja aku sedar. Kepala aku berat. Aku baru jumpa buku ini di dalam kotak semalam. 

Dia merenung aku. Lalu memeluk aku. Aku pelik. Apa ini? 

——-

“Ayana?” Itu ayat pertama muncul. Siapa Ayana?  Hari ini dia membawa aku ke sebuah rumah. Aku pelik lagi. Mana suaminya?

“Suami mak cik mana?” Wanita itu menahan sebak. Dapatku lihat dengan jelas titisan air mata memenuhi kelopak matanya.

“Dia sudah tiada,” dia menjawab juga akhirnya. Aku merenung wajah wanita itu. Dia mengesat air mata lalu mencapai bingkai gambar dia atas meja.

“Yana ingat lagi masa ini? Yana kecil lagi. Comel sangat masa itu.” Wanita itu menunjukkan bias seorang kanak-kanak perempuan didukung lelaki yang ditemani seorang wanita.

Tiba-tiba aku rebah. Suara yang kudengar ketika itu hanya panggilan nama ‘Ayana’.

——-

Semuanya gelap. Gelap. Tidak mampu. Argh! Sakitnya! Selama tinggal, ibu. Yana tidak dapat temankan ibu lagi. Maafkan Yana.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: