Certot

Ayahku Terbaik

Hasil nukilan Mira 2 years agoSuperhero 5

Pada hujung minggu, Mikail dan ayah pergi ke pasar. Sementara menunggu mereka membeli barang, saya dan mak mengemas rumah.

Setelah mereka sampai, kami pun mahu mula memasak. Tapi barangnya tak ada.

“Abang, mana barang?” kata mak.

“Barang? Tak ada,” kata ayah

“Lah… abang tak beli ke?” jawab mak

Tiba-tiba Mikail menyampuk..

“Tak. Macam ni, tadi ayah dengan Mikail ternampak seorang mak cik. Kesian mak cik tu. Dia tak ada duit nak beli makanan. Jadi ayah bagilah dia barang barang tu. Kebetulan ayah tak bawa duit lebih nak beli barang,” kata Mikail.

“Oh macam tu,” kata saya

“Dah tu kita nak makan apa?” kata ma

“Mmm… apa yang ada di dalam peti ais?” tanya ayah.

“Dalam peti ais ada roti, telur, mayonis, sos, dan kicap,” jawab mak.

“Siapa nak ayah masak?” tanya ayah

Kami berdua pun angkat tangan.

 “Hari ni ayah masak ya,” kata ayah.

Dalam keadaan berbisik, saya bertanya pada Mikail.

“Ayah nak masak apa?”

“Entah, makan jelah,” jawab Mikail sambil lewa.

Setelah dua puluh minit berlalu, makanan yang dinantikan telah siap.

“Nasib baik tak lama sangat nak siapkan. Kalau tak mesti perut Mikail bernyanyi lagu bangau oh bangau,” kata Mikail

“Okey, nama makanan yang sedap ni ialah roti telur terbaik,” kata ayah.

“Wah, sedapnya roti ni!” kata saya .

“kami makan dulu"kata Mikail

“Ayahlah orang terbaik dalam dunia ni,” kata kami berdua.

Itulah ayah saya. Dia selalu buat yang terbaik untuk kami sekeluarga. Dia nak kami berjaya dunia akhirat.

Ayah jasamu tidak terbalas. Jasamu juga akan kuingat sampai bila-bila. Ayahku terbaik. Ayah juga superhero kami.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: