Certot

AYAHKU SUPERHERO

Hasil nukilan Jasmin Melor2 years agoSuperhero 2

             

Semua orang mempunyai seorang ayah superhero. Saya juga mempunyai seorang ayah superhero. Ayah superhero saya bernama Aminudin bin Zakaria. Umur ayah superhero saya ialah 47 tahun. Pekerjaan ayah superhero saya ialah penoreh getah. Ayah superhero saya bekerja di Felda Kemendor. Ayah superhero saya ialah seorang yang rendah. Ayah superhero saya berambut lurus. Tubuh ayah superhero saya berisi. Ayah superhero saya berkulit sawo matang.

Hobi ayah superhero saya ialah bermain badminton. Ayah superhero saya selalu bermain badminton bersama-sama. Selepas itu, kami makan malam bersama-sama dan menonton televisyen bersama-sama. Ayah superhero selalu membawa kami bersama melancong pada masa cuti sekolah. Ayah superhero saya seorang yang penyayang, bertanggungjawab, dan baik hati. Ayah superhero saya seorang yang tegas semasa mendidik kami. Ayah superhero saya selalu memberi hadiah apabila saya mencapai kejayaan.

Saya berharap ayah superhero saya gembira, sihat, dan bahagia bersama kami sekeluarga. Saya selalu mendoakan kesejahteraan ayah superhero saya. Saya sayang ayah superhero saya. Ayah saya hebat makan sayur-sayuran dan buah-buahan.A yah merupakan tulang belakang bagi keluarga kami untuk mencari rezeki bagi kami sekeluarga.

Ayah saya selalu bekerja keras. Kegemaran ayah saya ialah nasi goreng paprik dan air kopi. Ayah selalu mengajar kami kerja sekolah jika kami tidak tahu. Ayahku superhero kerana sentiasa menyediakan makanan kegemaran kami seperti ayam goreng, nasi paprik, nasi pataya, nasi ayam, nasi goreng cina, dan lain-lain makanan kegemaran kami sekeluarga. 

Ayah seorang yang kuat membaca. Kadangkala ayah selalu turut serta memantau kami adik-beradik ketika belajar dan mengulang kaji matapelajaran. Ayah akan mengangkat meja di ruang tamu setiap malam untuk kami ulangkaji matapelajaran. Sambil menunggu kami, ayah akan membaca surat khabar. 

Ayah superhero selalu berkata, “Belajar rajin-rajin menuntut ilmu. Ilmu penyuluh hidup kita.” 

Aku akan sentiasa ingat setiap pesanan ayah. Padaku, ayah memang seorang yang mengutamakan pelajaran. Pada ayah, menuntut ilmu seperti menaiki tangga. Setiap ilmu yang dituntut akan bertambah kejayaan. Ayahku superhero kerana pandai menunggang motosikal, kereta, lori, van, dan jentolak. Ayah selalu membawa kami berjalan-jalan sekitar kampung dan bandar Jasin. 

Ayahku superhero kerana mempunyai ramai kawan baik yang selalu bersama ayah superhero ketika susah atau senang. Ayahku superhero sebab selalu sukses dalam menjalani kehidupan sebagai broker tanah yang sentiasa mendapat permintaan yang diingini pembeli. Ayah superhero dapat gaji. Ayah superhero suka membela kambing dan lembu. Ayahku superhero suka main kucing comel. Ayahku superhero seorang yang baik. Ayahku superhero ada bunga raya. Ayahku superhero saya sedang kemas ruang tamu. Ayah superhero ada cermin baru. Ayah superhero ada budak kecil yang bernama Fattah dan Rabiatul. Ayah superhero tengah layan adik. Ayah superhero tukar pintu rumah yang sudah reput.

Ayah superhero selalu pergi rumah nenek. Ayah superhero sedang duduk di rumah. Ayah superhero ada botol untuk dijual. Ayah superhero ada baju melayu yang berwarna biru dan kuning. Dia adalah superhero yang hebat juga dan sekaligus jutawan kaya-raya seperti iron man. Dia bukanlah seorang presiden. Ayah selalu menjaga aku setiap waktu. Ibu selalu berdoa untuk keselamatanku. Ku ada di sini ooh semua keranamu. Terima kasih ayah dan ibu tercinta. Kasih sayangmu takkan kulupa. Di setiap waktu aku selalu berdoa. Semoga Tuhan menyertaimu sentiasa. Maafkan bila aku selalu tak patuh padamu.Aku berjanji takkan lagi berbuat nakal. Ayah dan ibu tercinta, aku berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.

Tak dapat kubayangkan seandainya kau tiada disisiku. Kurasa dunia sepi tanpamu. Ayah superhero suka bersukan. Ayah pandai main badminton, ping pong, sepak takraw, bola sepak, berlari, dan bermain rondas. Ayah selalu menang tempat pertama. Ayah superheroku pandai bertukang. Ayah akan menolong nenek menampal atap rumah yang bocor. Ayah juga membina reban ayam. 

Ayah menternak banyak ayam kampung. Ayah menjual ayam kampung pada jiran tetangga dan kawan-kawan. Kadang-kadang ayah akan sembelih ayam pada hari raya. Pagi raya, ayah akan hidupkan kayu api untuk masak ketupat dan rendang. Bila hujan lebat, ayah cepat-cepat memasang payung atau plastik supaya tidak kena lauk-pauk untuk hari raya. Ayah superheroku pandai mengayam ketupat. Ayahku akan panjat pokok kelapa untuk mengambil daun ketupat.

          Ayah superheroku selalu membantu nenek menguruskan ladang. Ayah akan meracun lalang, menebas anak pokok kayu dan menabur baja di kebun sawit. Ayah juga mengambil upah meracun ladang kelapa sawit. Ayahku sangat rajin bercucuk tanam. Ayah suka membantu nenek menanam pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, mangga, dan ciku di ladang. Hasil buah-buahan akan dibawa balik untuk dijamu kepada keluarga ayah. 

Ayah juga suka menanam sayur-sayuran seperti terung dan ubi kayu. Tanaman ayah sangat subur, kami sekeluarga dapat makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan senang hati. Kami gembira kerana ayah sangat kuat bekerja bagi memastikan keluarga ayah mendapat makanan yang berkhasiat dan berkat. 

Ayah superheroku suka menolong orang. Setiap kali ada kenduri kendara di rumah nenek, saudara mara dan jiran tetangga, ayah sangat ringan tangan menghulur bantuan. Ayah akan menolong memasang khemah, membasuh pinggan mangkuk, memasak, dan menyediakan makanan. Ayah sangat ramah tamah bila bersama dengan keluarga, sanak saudara, dan jiran tertangga. Aku sangat bangga dengan ayah superheroku yang ringan tulang dan sangat mesra dengan orang lain. Ayah menjadi idolaku. Itulah dia ayah superheroku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: