Certot

Ayahku Superhero

Hasil nukilan Nisha Najwa 2 years agoSuperhero 2

             

Encik Nasir Bin Ismail, ialah superheroku. Pada mulanya superheroku hanyalah seorang insan biasa yang suka membantu orang lain. Supeheroku bukanlah seorang insan yang mengharapkan balasan dia membantu dengan hati yang bersih. Superheroku bukanlah seperti superhero yang mempunyai kehebatan, kekuatan seperti superman, spiderman, cicakman, dan banyak lagi superhero-superhero yang diminati ramai walaupun hanyalah sekadar cerita fantasi. Tetapi superheroku cerita benar lagi nyata buatku.

Aku pernah membenci dan menganggap diriku tidak disayangi oleh superheroku. Aku merajuk, aku juga pernah berfikir untuk melarikan diri dari rumah, tetapi superheroku pandai memujukku dari sewaktu aku masih dalam kandungan ibu. Superheroku sentiasa ada di saatku kesedihan walaupun superheroku tahu aku dalam kebencian, dan benci padanya. Namun kasih sayang yang dia beri kepadaku sangat bermakna dan tidak terhingga. Sehinggalah permikiran aku sudah sedikit matang.

Aku mula memahami, menyayangi, dan yang paling penting menghargai pemberian dan kasih sayang superheroku. Sehinggalah aku berumur 11 tahun aku dan semua ahli keluargaku dalam perjalanan pulang ke rumah. Aku sudah tidak sabar untuk memulakan hari pertama persekolahan dan aku akan berumur 12 tahun serta aku juga akan menghadapi UPSR pada tahun 2015.

Sewaktu dalam perjalanan pulang, aku dan keluargaku menghadapi dugaan. Tayar belakang keretaku meletup dan menyebabkan kereta aku berpusing-pusing. Kereta aku melanggar divider highway. Keretaku juga hampir dilanggar oleh lori tetapi superheroku sempat mengawal dan menyebabkan kami jatuh di curam yang tidaklah terlalu dalam. Sewaktu kejadian itu berlaku, aku sedang tidur dan tidak sempat menahan kepala dan anggota badanku yang lain daripada terhantuk pada kereta. Superheroku terdiam sementara sehinggalah adik bongsuku yang pada masa itu berumur lima bulan diletakkan di atas peha superheroku.

Aku tidak dapat membuka mata, rasa sakit di kepala dan tengkuk berdenyut-denyut. Tiba-tiba aku terdengar ibuku yang suaranya masih dalam ketakutan dan kesakitan memanggil nama adik-adikku dan aku. Cuma aku yang tidak dapat menyahut panggilan ibuku kerana terlalu sakit. Aku cuba membuka mata secara perlahan-lahan. Lalu superheroku datang dan mengangkat dan membawaku ke atas aku sempat membuka mata dan melihat keretaku hancur teruk semua adik-adikku sudah selamat dan tiada yang cedera parah cuma aku sahaja yang berasa sangat tidak bermaya. 

Sewaktu aku berada di dalam kereta, dua orang doktor yang kebetulan melalui kawasan kemalangan memeriksa aku. Aku yang masih dalam keadaan tidak faham apa yang berlaku hanya melihat dan menangis. Aku tidak sempat mengambil tudungku dan itu membuatku sungguh malu. Aku cuba bercakap. Kemudian aku terdengar suara superheroku meminta tolong seorang pemuda yang berhati mulia menghantarku dan adik-adik ku yang lain ke hospital. 

Aku diperiksa di hospital Kuala Berang, Terengganu. Badanku sudah berdaya dan aku cuba berjalan tanpa menggunakan kerusi roda. Alhamdulillah Kami sekeluarga selamat. Namun belum sampai sebulan aku bersekolah superheroku ditukarkan ke MRSM Bentong, Pahang. Hiba rasanya kerana belajar tanpa pendampingku di sisi, apalagi tahun ini aku akan menduduki UPSR. Ujian yang sangat penting.

Superheroku terpaksa bertukar kesana kerana tiada pilihan lain selain berhenti kerja atau meneruskan perkerjaan di MRSM Bentong. Mulai dari 16 januari aku hanya dapat berjumpa dengan superheroku pada hari sabtu dan ahad sahaja. Aku cuma berpeluang dihantar oleh superheroku pada hari Ahad. Itu pun jika superheroku tidak letih. Mulai dari saat itu, superheroku sentiasa pulang ke Kuala Terengganu pada hari minggu.

Aku begitu sedih. Namun aku tetap belajar secara normal. Suatu hari superheroku dalam perjalanan pulang ke tempat kerja bersama temannya Aizat. Tiba-tiba sebuah kereta Hilux yang membawa duit sebanya 20 ribu untuk didermakan kepada mangsa banjir terbalik dihadapan mata superheroku. Superheroku dan kawannya berhenti di tepi jalan bagi mengelak kemalangan lain berlaku. 

Uncle Aizat meminta bantuan sementara superheroku menyelamatkan dua orang mangsa kemalangan. Salah seorang daripada mangsa tidak mahu keluar kerana takut duit didalam kereta itu habis dan dia harus menggantikan lalu superheroku dengan berani terus berkata, “Kalau akak tak nak keluar tak apa. Tapi saya nak tanya akak, akak sayang nyawa ke duit? Duit boleh cari kak.” Tanpa berfikir panjang mangsa itu bersetuju untuk keluar dari kereta. Aku bangga dengan superheroku.

Sekarang aku sudah melepasi UPSR. Kini hanya tinggal menunggu keputusan. Keputusan tinggal dua hari lagi. Esok sekolah aku mengadakan hari anugerah. Alhamdulillah aku diberi tiga penghargaan iaitu anugerah hafal surah Yasin 83 ayat, tokoh nilam, dan yang paling aku hargai tokoh murid sekolah. Aku tidak sangka aku akan menerima hadiah yang sebegitu besar. Tetapi dengan ketiadaan superheroku pada hari tersebut membuatkan aku begitu sedih apabila cikgu yang mengacara majlis pada hari itu menyebut tentang superheroku.

Kini tibalah masa untuk jantung aku berdebar kencang. Keputusan UPSR akan keluar beberapa minit lagi. Aku menanti dengan penuh ketakutan dan Akhirnya jantung aku sudah hilang degupnya apabila mendengar namaku. Aku telah berjaya mendapat 5A. Semuanya berkat superheroku. Superheroku ialah ayahku.  

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: