Certot

Ayahku Superhero

Hasil nukilan Dijah 2 years agoSuperhero 5

Aku sedang termenung melihat dinding yang ada di depanku. Aku terfikir tentang jamuan yang dibincangkan di sekolah tadi. Aku terfikir makanan apa yang harus aku bawa untuk jamuan itu nanti. Tampa melengahkan masa aku pun pergi ke dapur untuk mencari ibuku. 

Tiba-tiba aku terdengar suara orang berkata, “Apa yang kamu cari?” 

Lalu dengan merasa gementar aku pun pusingkan badanku ke belakang. Aku melihat ibuku yang berada di belakangku. 

“Ibu rupa-rupanya,” kata aku dengan merasa lega. “Ibu pandai masak apa?”

“Ibu pandai masak semua makanan. Kenapa?” tanya ibukku yang pelik mendengar soalan dari aku. 

Aku berkata, “Kalau macam tu, ibu boleh tak masakkan makanan untuk jamuan yang kami buat?” 

Ibukku berkata, “Boleh, anakku.” 

Aku pun kembali ke bilikku untuk berehat. 

*****

Pagi pun telah menjelma. Aku bersiap dengan cepat kerana sudah lambat lalu aku mengambil beg aku. Aku pun berlari menuruni tangga dan aku memakai kasut kerana bas sedang menungguku di luar rumah. Aku pun menaiki bas tersebut. 

Sampai saja di sekolah, aku pergi ke kelasku. Aku melihat ramai orang yang membawa makanan. 

“Alamak lupa pula nak ambil!” Aku berasa kecewa. 

Kawanku bertanya, “Mana makanan kau?” 

Aku tidak berkata apa-apa dan terus berjalan ke mejaku. Tiba tiba aku terdengar bunyi hon kereta, lalu aku keluar melihat ayahku yang sedang memegang makanan yang aku terlupa untuk ambilnya tadi. 

“Ayah!” Aku berlari dengan gembira.

 Ayah aku berkata, “Kenapa tak ambil tadi?” 

“Lupa,” ujarku sambil senyum. 

Ayahku memberikan makanan itu kepadaku lalu aku berkata, “Terima kasih. Ina sayang ayah.”

Aku pun  pergi ke kelas dan meletakkan makanan di atas meja. Selepas itu, jamuan pun bermula. Aku berasa sangat gembira kerana ayahku telah menghantarkan makanan itu. 

*****

Selepas berjam-jam, jamuan pun tamat. Tiba masanya untuk balik ke rumah. Tiba-tiba dua orang lelaki ganas datang kepadaku untuk meminta duit perbelanjaanku. Aku berasa sangat takut dan aku hampir mengeluarkan air mata. 

Tiba tiba ayahku menjerit. “Hei, kamu berdua jangan ganggu anak saya!” 

Lelaki itu pun lari ketakutan. Aku lari pergi kepada ayahku dan memeluk ayahku dengan kuat.

“Ayah, takut” kata aku dengan ketakutan.

“Ayah dah marah budak tu,” kata ayahku dengan menggosok kepalaku. 

*****

Sampai dirumah, aku berlari masuk ke bilik dan menukar baju lalu. Aku mengambil diariku, lalu menulis ayahku sudah menolongku apabila aku dalam kesusahan. Aku sangat sayangkan ayahku dan aku menulis “ayahku superhero.” 

Kemudian aku menutup diariku dan berkata dalam hati, ‘saya sayang ayah.’

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: