Certot

Ayahku Superhero!

Hasil nukilan Hasya 2 years agoSuperhero 4

 Fazlan seorang yang cukup minat dengan kartun superhero. Superhero yang dia paling minat ialah S-Men. Tapi, dia mahu tahu siapa S-Men itu.

“S-Men sudah bermula! Masa untuk menonton!” kata Fazlan teruja dan gembira. 

Pak! Dia hampir terjatuh dari kerusi. Terkejut dia. Ayahnya yang sedang tidur tiba-tiba menyambutnya macam S-Men! 

“Ayah hebat!” kata Fazlan. 

“Ayah dah kata jangan lompat-lompat atas kerusi, nanti jatuh. Kalau jatuh, siapa nak tanggung? Sendiri tanggunglah!” marah ayahnya lalu pergi dari situ. 

Fazlan berasa kecewa dan sedih. Dia masih lagi menonton S-Men. 

“Fazlan pergi belajar. Lagi seminggu kamu nak periksa!” kata Ayahnya. 

Fazlan mengeluh. “Tak naklah! Bagilah habis cerita ni dulu,” balas Fazlan kasar. 

“Fazlan! Sebelum ayah gunakan kekasaran, lebih baik kamu pergi belajar sekarang!” kata Ayahnya. 

Fazlan terus berlari pergi. Di dalam bilik Fazlan, dia masih tidak belajar. Majalah Superhero di tangannya diselak berulang kali. 

Ayahnya datang. “Kalau kamu dapat A Plus dalam peperiksaan, ayah bawa kamu jumpa Sado,” kata Ayahnya. 

“Sado tu apa? Superhero ke?” tanya Fazlan ingin tahu. Ayahnya mengangguk.

Mula dari hari ini, Fazlan berusaha bersungguh-sungguh. Sehari dua kali dia pergi tuisyen.

*****

Peperiksaan sudah dekat. Dia menjawab dengan tenang dan gembira.

 Pulang ke rumah. “Ayah! Ayah kat mana?” panggil Fazlan. 

Muncul raksasa berbaju hitam. “Akulah musuh S-Men. Aku datang nak cari dia. Mana dia?” kata raksasa itu. Muncul S-Men. 

Fazlan teruja.“Wah!” 

S-Men berjaya menewaskan raksasa itu. Dia membisikkan sesuatu kepada Fazlan. “Kamu dapat A Plus. Kamu pasti dapat benda yang kamu nak. Bye.” S-Men terus berlari pergi.

*****

Keputusan peperiksaan sudah keluar.

“Mohd Fazlan Fikri kamu… kamu… biar betul? Kamu dapat A plus  semua!” kata Cikgu Razman. Dia terus memeluk anak muridnya itu.

Dia pulang kerumah dengan perasaan gembira. “Ayah…,” ucap Fazlan perlahan. 

“S-Men!” jerit Fazlan teruja. 

“Tahniah Fazlan, kamu berjaya! Sekarang S-Men akan menunjukkan identitinya. Fazlan… ini…,” ucap S-Men. 

“Ayah! Ayah S-Men?” kata Fazlan teruja! 

“Ya, ayah memainkan watak S-Men. Tahniah kamu dapat A plus. Ayah bangga dengan kamu,” kata Ayahnya tersenyum. 

“Sekarang ayahlah Superhero saya! Sayang ayah!” kata Fazlan memeluk ayahnya dengan erat atau dikenali S-Men Sado Men.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: