Certot

Ayahku Superhero

Hasil nukilan Khairunnisa Maisarah 2 years agoSuperhero 47

Nama saya Khairunnisa Maisarah yang lebih dikenali dengan Sarah. Umur saya 11 tahun. Nama sekolah saya Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri 1.

Saya menyanyangi ayah saya sepenuh jiwa dan raga. Bagi saya, ayah adalah wira kerana bila kita perlukan pertolongan, dia akan membantu kita tidak kira dengan duit, makanan, juga minuman dan yang lain-lain lagi. Ayah akan tetap membantu kita. Di saat kita sakit, dialah yang menjaga kita dan bila dia sakit, kita tidak mampu menjaganya kerana kita harus pergi ke sekolah. Yang lagi berhak menjaganya ialah isterinya. Saya pernah bertanya kepada ayah.

“Ayah, kalau sarah tak lulus peperiksaan akhir tahun, ayah marah?”

“Buat apa ayah nak marah kamu? Dah itu je yang kamu mampu.”

Mungkin dia mahukan yang terbaik untuk anaknya. Ayah sanggup menghabiskan beratus-ratus dan beribu-ribu untuk seorang anaknya. Dan apabila ayah marah pada anaknya kerana ayah nak yang terbaik untuk anaknya. Dia marah kerana dia sayang anaknya dan dia tak nak perkara ini berlaku sekali lagi. 

Seorang ayah tidak pernah penat melayan karenah anaknya. Ayah boleh membuat perkara besar menjadi kecik. Ayah wira sebenar bagi saya dan sebab ini saya sayang ayah. Ayah berusaha mencari duit nak bagi kami makan. Ayah sanggup cari kerja lain untuk mendapat gaji lebih untuk anaknya dan isterinya. Duit yang dia dapat dia bagi kepada anaknya untuk berbelanja di sekolah untuk membeli makanan dan apabila anaknya minta duit lebih untuk berbelanja, dia beri walau dia sudah tiada duit.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: