Certot

Ayahku Superheroku

Hasil nukilan Aneesa Mawar 2 years agoSuperhero 12

Pada zaman dahulu, ada sebuah keluarga yang miskin tinggal dihujung kampung. Walaupun miskin, mereka tetap tidak berputus berdoa kepada Tuhan supayadi berikan hikmah di sebalik ujian yang diberi Tuhan ini. Walaupun keluarga ini sudah lama berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat lagi. Mereka tidak putus-putus berdoa kepada Tuhan supaya dikurniakan zuriat.

Suatu hari, dengan izin Tuhan, mereka telah dikurniakan cahaya mata. Malangnya bayi itu ialah orang kurang upaya. Bayi itu tidak mempunyai tangan. Walau bagaimanapun, keluarga itu tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan. 

Bayi itu walaupun cacat, tetapi tetap membesar dengan sihat. 

Suatu hari, anaknya yang istimewa itu pulang ke rumah dengan baju yang kotor dan beg yang hampir koyak. Anaknya menangis teresak-esak, kemudian mengadu kepada ibu dan ayahnya tentang apa yang dilakukan oleh kawan-awannya sehingga dia menangis.

“I… ibu, a… ayah, kawan-kawan adik ejek adik ni kurang upaya dan miskin. Mereka ejek adik sehingga mereka menolak adik jatuh ke lantai,” kata anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu. 

Ibunya lekas bangun dari kerusi, menyapu baju anaknya yang kotor itu dan berbisik kepada anaknya, “Hindarkan kawan-kawan kamu itu. Kita patut bersyukur dengan hidup kita.” 

Ayahnya menyambung sambil dukung anak kecil itu. “Kamu ini seorang kanak-kanak istimewa kerana kamu tetap bersyukur walaupun diejek oleh kawan-kawan kamu itu.” 

Anak kecil itu tersenyum dan ketawa lalu memeluk ibu dan ayahnya.

Tiap-tiap hari, ayahnya berkerja dan kerja tanpa berhenti untuk mendapatkan rezeki. Sehinggalah anak itu telah membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang sihat. Anaknya telah mendapat pekerjaan dan berpindah ke Kuala Lumpur.

Suatu hari, ayahnya telah mendapat duit yang cukup untuk membuat pembedahan tangan untuk anaknya itu. Apabila doktor itu mahu membuat pembedahan, terus ayahnya berbisik kepada doktor itu, “Doktor, bolehkah kamu rahsiakan siapa penderma yang telah memberi tangan ini?” 

Doktor itu hanya terdiam dan mengangguk untuk membuat permintaan ayah budak itu. 

Anak yang dulunya cacat telah menjadi seorang lelaki dewasa yang kacak serta kaya. Tetapi lelaki itu terlalu ikutkan dunia sehingga lupa tentang ibu bapa mereka. Lama-kelamaan, dia telah mendapat berita yang bapanya telah meninggal. Pantas dia meninggalkan syarikat dia dan terus ke kampung halamannya. 

Dia berasa sangat menyesal kerana tidak menghiraukan ibu bapanya di kampung halamannya. Sampai di kampung halamannya, semuanya sudah terlambat. Ayahnya telah dijemput Ilahi. Dia hanya boleh lihat kubur ayahnya di atas tanah, terkaku. 

Sambil dia menangis teresak-esak, ibunya datang dari belakang dan memeluknya sambil berkata, “Kamu mahu tahu tak siapakah yang telah menderma tangan ini kepada kamu?” 

Anak lelaki itu terus mengelap air matanya dan bertanya, “Siapakah orang yang telah menderma tangan ini kepada saya?” 

“Dia adalah lelaki yang telah beri makan kepada kamu, yang telah mendukungmu saat kamu kecewa, yang telah mendodoi tidurmu, yang telah azan di telinga kamu, yang telah berjasa kepada kamu. Dia adalah ayahmu wahai anakku.”

Anaknya terus menangis dan mendakap ibunya sambil teringat ingat ayat yang pernah diberikan oleh ayahnya. “Kamu ini seorang kanak kanak yang istimewa kerana kamu telah bersyukur walaupun telah diejek oleh kawan-kawan kamu itu.”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: