Certot

Ayahku Superhero

Hasil nukilan Elfy 2 years agoFiksyen 23

Ayahku superhero. Pada usia dua tahun, ayah akan mandikan aku lalu memakaikan aku baju supaya aku nampak cantik sekali. Ayah akan menyuapkan aku nasi supaya aku sihat dan cergas. Ayah akan menggendong aku saat aku hendak digendong dan memerlukan perhatian. 

Selepas minum susu yang dibuat oleh ayah, ayah akan menggendongku lalu meletakkan aku di bahunya. Kemudian, dia akan menepuk belakang aku dengan pelahan sehingga aku mengeluarkan suara yang menjijikan. Ayah aku akan mengelap air yang ditumpahkan oleh aku yang nakal ini. Ayah aku akan cium pipiku sebelum pergi ke kerja.

Ayahku superhero. Pada usia empat tahun, ayah akan membawaku ke taman permainan supaya aku dapat bermain dengan puas. Ayah tidak pernah meninggalkan aku bersendirian. Malahan, dia akan teman aku sehingga aku puas bermain. Ayahku belikan aku gula-gula. Tapi tidak kerap membelinya kerana ayah tidak mahu gigiku rosak. Ayah juga mengajarku bagaimana untuk berkira dan membaca. Selepas itu, dia akan menyuruh aku menulis perkataan ABC untuk ayah. Sehingga aku pandai membaca dan mengira pada usia muda. Ayah akan mengajar balik perkataan yang aku tidak faham. 

Ayahku superhero. Pada usia enam tahun, ayahku akan membangunkan aku untuk mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Ayah juga akan membuat sarapan pagi untuk aku sebelum ke sekolah. Ayah selalu akan membawa aku ke sekolah dengan menaiki kereta. Ayah juga selalu akan menjemput aku balik pada masa yang tepat. Ayah menepati janjinya, ayah tidak pernah mungkir janji terhadapku. Ayah pernah berjanji denganku supaya belikan mainan untukku. Keesokannya, mainan itu sudah berada di atas meja makan. Ayah juga mula mengajarku cara-cara solat. Ayah mengupah seorang ustaz untuk mengajarku mengaji.

Ayahku superhero. Pada usia lapan tahun, ayah selalu mengajarku membuat kerja sekolah. Aku ingin membalas jasanya dengan keputusan peperiksaan saya. Jadi, aku berdoa dan belajar bersungguh-sungguh  untuk membanggakan ayahku. Selepas keputusanku keluar, aku mendapat tempat yang pertama dalam kelas dan dalam seluruh darjah dua. Alhamdulillah, Allah mendengar doa-doaku. Ayahku sangat bangga terhadapku lalu ayah membelikanku sebuah kereta kawalan sebagai hadiah. Aku juga berterima kasih kepada ayahku kerana telah mengajarku. 

Ayahku superhero. Pada usia 10 tahun, kawan-kawanku semuanya ada telefon bimbit sendiri kecuali aku. Jadi, aku minta daripada ayah. Ayah tidak membelikan aku telefon bimbit kerana tidak mahu aku malas dan asyik bersosial media. Aku faham dan segera memeluk ayah dan memberitahunya, ” Terima kasih, ayah. Kerana tidak mahu aku menjadi seperti budak-budak yang lain. Saya sayang ayah!” Ayah aku mengusap kepalaku tanda faham. Aku ingin membalas jasa ayahku dengan keputusan UPSR pada peperiksaan yang akan datang. Jadi, aku membuat persiapan awal untuk ujian UPSR.

Pada usia 12 tahun, aku menjawab soalan dengan betul-betul dalam peperiksaan UPSR. Selepas habis menjawab soalan-soalan kertas ujian UPSR, aku berdoa kepada Allah supaya keputusan UPSR aku memuaskan.

Selepas 4 minggu selepas itu, keputusan keluar. Terima kasih ya Allah! Kau sudah tunaikan semua doaku. Alhamdulillah, aku dapat 5A dalam UPSR. Aku memberitahu ayahku keputusan UPSR. Belerai air mata ayahku ketika itu, aku juga menangis melihat ayah terharu. Ayahku belikan aku sebuah telefon yang canggih untukku. Aku sangat gembira.

Ayahku satu-satunya superheroku dan tidak ada siapa yang boleh menggantinya. Saya sayang ayah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: