Certot

Ayahku Seorang yang Sempurna

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoSuperhero 8


“Irni, mahu tidak baju ini? Kalau tidak, ayah akan belikan untuk kamu nanti,” soal ayahku kepadaku tentang sebuah baju.

“Tidak mengapa, ayah. Lagipun, dekat rumah itu banyak sangat berlambak baju bersepah-sepah merata-rata,” kataku.

“Tidak mengapa. Ayah akan belikan juga untuk kamu.” Ayahku mahu membelikan baju untukku juga.

“Terima kasih, ayah,” ucapku.

Namaku Irni Shazrin. Aku mempunyai seorang ayah yang baik hati, peramah orangnya, dan seorang yang amat sopan-santun. Aku dengan ayah aku sahaja yang tinggal berdua. Manakala ibuku pula sudah  pun,meninggal dunia pada umurku empat tahun yang lalu. Tapi, memang runsing sebab ayah selalu ingat aku ini budak umur empat tahun seperti dahulu.

“Irni, kamu mahu coklat tidak?” Ayahku menyoal aku lagi.

“Tidak mahu, ayah. Terima kasih,” balasku

******

Hari ini, hari Isnin. Aku akan ke sekolah. Jadi, ayahku menghantar aku dengan menaiki kereta Myvi. Selepas aku mencium tangan ayahku lalu aku pergi masuk ke pintu pagar. Selepas itu, ayahku memanggilku.

“Irni, jaga diri itu baik-baik. Jangan sia-siakan ayah. Belajar rajin-rajin di sekolah,” ayahku memberi pesanan.

“Ya, ayah.” Aku hanya mendengar kata sepanjang masa.

******

“Irni, mahu ayah tolong kemas baju itu masuk ke dalam almari?” tanya ayahku lagi kepadaku berulang-ulang sebanyak tiga kali.

“Tidak mengapa, ayah. Saya boleh buat sendiri. Lagipun, saya ini sudah berumur 12 tahun, bukannya seperti dahulu macam awang kenit kecil sangat,” balasku terhadap ayahku. Tapi, ayah mahu juga menolongku.

“Ayah, kenapa tolong?”

Ayah hanya berdiam diri.

Petang itu, aku bersama ayah hendak ke kedai buku. Aku mahu melihat novel yang ditulis oleh Ain maisarah. Ayahku mengambil dan membayarnya untuk aku.

“Ayah, kenapa yah beli semua novel ini untuk saya?” soalku yang berasa bersalah terhadap ayahku.

“Tidak mengapa. Kamu mahu beli, jadi ayah belikanlah untuk kamu,” balas ayahku.

******

Hari ini, aku pergi ke sekolah. Semasa hendak keluar dari kereta, ayah pesan untukku supaya jadi orang yang berjaya satu hari nanti.

Aku pula hendak mengeluarkan air mata. Aku berasa memang ayahku itu sahaja inspirasiku dan dialah satu-satunya orang yang aku sayangi dalam dunia. Meskipun, ayah ingat aku seorang budak empat tahun, tetapi aku tetap sayangkannya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: