Certot

Ayahku Jaguh Silat

Hasil nukilan Hasya 2 years agoSuperhero 13

  Mirana Helina gadis berumur 11 tahun. Dia dilahirkan dalam keluarga mewah. Walaupun mewah, dia tidak mahu menunjukkan kekayaannya. Walaupun kaya, hidupnya tidak cukup kerana dia tidak pernah melihat wajah ayahnya. Apabila dia menyoal ibunya, ibunya hanya diam tanpa sebarang respons.

Waktu pulang dari sekolah, Mirana terus menukar T-shirt lengan panjangnya yang baru dibeli kelmarin. Hari ini ibunya pulang lewat malam. Dia duduk dirumah bersama Cik Yanti, iaitu bibik di rumah nya Mirana. 

“Bibik!” panggil Mirana kepada Cik Yanti yang sedang menjemur kain baju di belakang rumah. 

“Ya,Mirana… kenapa?” balas Cik Yanti.

“Umm… Mirana nak keluar kejap dengan kawan-kawan. Tolong jangan beritahu mama. Mirana balik petang, sebelum maghrib,” rayu Mirana. Kalau ibunya tahu pasti dimarahi! 

“Tapi, kenapa gak boleh bilang sama Puan Mastura?” soal Cik Yanti hairan. 

“Adalah! Bibik jaga rumah elok-elok tahu! Assalamualaikum,” kata Mirana tersenyum lebar. Walaupun Cik Yanti bibik di rumahnya, dia tidak menyusahkan Cik Yanti.

“Aduh! Mana pula Kirana ni!” rungut Mirana sambil membetulkan tudungnya. 

Kirana berlari ke arah Mirana. “Minta maaflah, Mirana! Abang aku buat hal!” kata Kirana mengeluh panjang. 

“Yalah, yalah… jom cepat! Aku kena pulang sebelum pukul 7.00,” kata Mirana tergesa- gesa. 

Mirana merancang untuk siasat tentang ayahnya. “Tapi, kita nak cari ayah kau dekat mana?” soal Kirana. 

“Aku nak jumpa Pak Man…tak silap aku dia kawan ayah aku” kata Mirana.Kirana mengangguk.

Sampai di rumah Pak Man, Mirana memberi salam terlebih dahulu. 

“Assalamualaikum!” jerit Mirana. Muncul seorang tua di hadapan pintu rumah. 

“Waalaikummusalam, Mirana?” balas Pak Man tersenyum. 

‘Macam mana dia kenal aku? Mesti dia tahu dekat mana ayah ni,’ bisik hati Mirana ingin tahu. 

“Umm… Pak Man, boleh saya nak bincangkan sesuatu?” kata Mirana berharap. 

“Boleh, jom kita masuk dalam. Mari,” ajak Pak Man.

“Terima kasih,” ucap Kirana dan Mirana kepada isterinya Pak Man kerana menghidangkan air dan sedikit biskut.

“Jadi, apa yang kamu nak bincangkan dengan Pak Man?” Pak Man mula berbicara setelah menghirup sedikit air teh.

“Sebenarnya saya nak tanya Pak Man. Pak Man kenal tak ayah saya?” tanya Mirana.

“Ya, Pak Man kenal… Azhar kan?” kata Pak Man meneka nama ayahnya Mirana.

“Ya, ya! Saya nak tanya Pak Man. Macam mana Pak Man kenal ayah saya?” tanya Mirana lagi. 

Kirana pula hanya diam kerana tidak mahu menyampuk. Dalam diam dia merakam semua perbualan Mirana dan Pak Man kerana disuruh oleh Mirana. 

“Pak Man kenal dia sebab dia anak buah Pak Man dulu,” kata Pak Man. 

“Anak buah? Maksudnya?” Mirana masih hairan dan keliru. 

“Dia dulu jaguh silat. Ayah kamu memang handal silat. Setelah bertahun, dia menghilang. Polis dah jejak dia tapi tidak jumpa jumpa. Kami pun susah hati. Sampai sekarang kami masih tak jumpa dia,” kata Pak Man. 

‘Ayah jaguh silat! Wah! Terbaiklah! Tapi, mana ayah pergi?’ kata Mirana dalam hatinya. 

“Mirana… sekarang dah pukul 6.45,” bisik Kirana. 

“Pak Man, kami kena pulang dulu sebab takut mama risau pula di rumah!” kata Mirana. Mereka berdua menyalami Mak Usu, isteri Pak Man.

Mirana dan Kirana berjalan kaki pergi. “Mirana! Kenapa tak suruh driver kau ambil? Penatlah!” kata Kirana. Peluhnya dikesat laju. 

“Alah… nanti dia beritahu mamalah! Tadi pun aku lari dari guard. Nasib baik guard rumah aku tu tak nampak,” terang Mirana.

Pulang kerumah, Mirana meneliti dahulu ibunya pulang atau belum. “Fuhh, nasib baik mama tak pulang lagi,” kata Mirana. 

Mirana mengeluarkan kuncinya dan masuk melalui pintu belakang. 

“Mirana, kamu pergi ke mana tadi?” Terkejut Mirana dibuatnya. Dia melihat Abang Arshad sedang berdiri di hadapannya. 

Arshad ialah abang kepada Mirana. Kacak orangnya. 

“Err… abang ni, terkejut Mirana dibuatnya!Abang pulang bila ni? Kenapa tak beritahu?” kata Mirana menjeling. 

Muncul Puan Mastura. “Haih,dua orang adik-beradik ni bergaduh kenapa?” soal Puan Mastura yang baru pulang. 

“Mama, abang tak beritahu ke dia nak balik?” tanya Mirana. 

“Abang beritahu mama tadi melalui whatsapp,” kata Puan Mastura tersenyum. 

“Whatever! Mirana nak naik atas dulu,” kata Mirana lalu pergi.

*****

Pukul 3.00 pagi, Mirana terbangun daripada tidurnya.Dia dahaga. Dia berjalan ke arah dapur. 

“Haih, dahaganya!” kata Mirana. 

Tiba tiba seseorang menekup mulutnya dari belakang. Sebilah parang di leher Mirana. Muncul Puan Mastura dan Abang Arshad.

“Hey! Lepaskan adik akulah!” marah Arshad lalu membelasah seorang lagi penjahat. 

Penjahat yang melurukan sebilah parang di leher Mirana terus menghiris sedikit kulit muka Mirana. 

“Mama, abang!!” jerit Mirana. 

Arshad berlari ke arah Mirana. Tiba tiba….

 Pak! Satu hentaman yang kuat dari belakangnyaa. Arshad jatuh pengsan. 

“Arshad!” jerit Puan Mastura.

Tiba tiba penjahat itu hendak menyerang Puan Mastura, tetapi seorang lelaki yang berpakaian silat dan ditutupi topeng datang melindungi. 

ZAT! ZAT! ZAT! Teknik silat dilakukan. Tiba-tiba penjahat yang melurukan sebilah parang ke leher Mirana terus menghentuk kepala Mirana ke dinding.“Dasar penjahat tak guna! Jangan kacau keluarga aku!” jerit lelaki itu. Puan Mastura keliru. Dia segera mendapatkan kedua-dua anaknya di pangkuannya.

Arshad dan Mirana dibawa ke hospital segera.

“Siapa kamu?” tanya Puan Mastura. Dia mengesat air matanya. Lelaki itu membuka topengnya.

“Azhar? Ke mana awak pergi sebelum ini? Puas kami semua cari kamu tahu tak,” kata Puan Mastura sedih. Dia melihat wajah suaminya yang sudah lama tidak muncul.

“Maaf, tapi saya selalu lindungi kamu semua secara senyap,” kata Encik Azhar. 

“Kenapa awak tak muncul saja?” kata Puan Mastura. 

“Sudahlah! Jangan tanya lagi. Saya nak jumpa Mirana dan Arshad sekarang,” kata Encik Azhar.

“Mirana tak pernah lihat ayahnya sejak kecil lagi. Kalau baru sekarang dia melihat muka awak, apa perasaan dia?” ucap Puan Mastura. 

“Apa yang jadi pun saya tak kisah, tetapi saya hendak melihat keadaannya,” balas Encik Azhar.

“Mirana, Arshad ini ayah. Ayah minta maaf sebab tak dapat bersama kamu, tetapi dari jauh ayah melindungi kamu, nak. Mirana, kamu tak pernah lihat muka ayah kan? Sekarang buka mata kamu dan lihatlah ayah,” kata Encik Azhar sayu. 

Arshad yang sudah sedar berasa sedih dengan ucapan ayahnya. Mirana membuka matanya perlahan-lahan. Dia mengalihkan ke arah ayahnya. 

“Ayah ke tu?” bisik Mirana perlahan. 

Puan Mastura hanya melihat dengan perasaan sedih. 

“Ayah pergi mana sebelum ni! Puas saya cari ayah tahu tak!” marah Mirana.

“Ayah minta maaf, nak. Ayah tahu ayah salah,” kata Encik Azhar. 

Mirana bangun perlahan-lahan. “Ayah… saya rindu ayah,” kata Mirana. Dia terus memeluk ayahnya erat. 

“Ayah pun rindu kamu. Ayah akan jadi hero kamu selama-lamanya,” bisik Encik Azhar.

Mereka hidup bahagia selama lamanya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: