Certot

Ayahku, I Love You

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain 2 years agoSuperhero 5

Nama aku Alysa. Aku kini sudah berumah tangga dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Kadangkala aku bersendirian teringat kenangan bersama ayah, Encik Arman.

Kami sekeluarga berkelah di tepi pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau pandangan sesiapa yang melihatnya. Ayah memberi amanatnya yang terakhir iaitu meminta menjaga ibu dan adik yang tercinta, Puan Sofia dan Fauzi. 

Keesokan harinya, ayah sakit tenat ditambah pula mukanya yang bertambah pucat. Suhu badan ayah meningkat. Ayah dikejarkan ke hospital.

Ibu hanya berserah kepada takdir. Kami melihat ibu sangat resah sampai kesihatan ibu juga terganggu. Doktor yang merawat ayah datang ke arah kami. Doktor menyatakan yang ayah mahu berjumpa kami bertiga. Ayah memberi sebuah diari berwarna coklat kepada aku. Ayah mahu aku membacanya. Keadaan ayah semakin kritikal. Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan kami bertiga. 

Aku terharu melihat ayah berusaha mencari rezeki buat kami sekeluarga tanpa erti penat dan lelah. Sanggup mengabaikan kesihatannya sendiri. Ayah memberi hadiah hari lahirku dua hari sebelum ayah meninggal iaitu baju kurung yang diperbuat daripada sutera serta dihiasi dengan manik.

Ayah tidak pernah meninggalkan solat lima waktu. Ayah juga selalu mendirikan solat sunat yang tidak terkira banyaknya. Apabila aku dan adikku tidak memahami sesuatu pelajaran, ayah sedia membantu. Boleh dikatakan ayah sangat suka membantu. Setahun selepas ayah meninggal, ibu pula kembali ke rahmatullah. Kami telah kehilangan dua orang yang kami sayangi. 

Kini, perkara itu telah jadi kenangan yang tidak akan kulupakan. Aku bekerja sebagai doktor manakal adikku menyambung pelajaran di Australia. Semoga ayah dan ibu tenang di sana. I Love You Papa!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: