Certot

Ayahku, Heroku, Idolaku

Hasil nukilan Nur Ina 2 years agoSuperhero 6

Kring!

Jam loceng milik Akram berbunyi.

Setelah sedar, dia pun mengambil tuala yang tersangkut di pintu lalu masuk ke dalam bilik air.

Setelah lima minit, dia pun keluar. Dia pun menyarung uniform sekolahnya. Setelah itu, Akram pun berdiri di hadapan cermin. Sikat diambil lalu rambutnya disisir.

Dia bergerak ke dapur.

Terlihat ibunya sedang menghidangkan sarapan pagi di atas meja.

“Ibu, takkan makan roti bakar hari-hari. Am dah jemulah,” rungut Akram.

“Maaflah, Am. Kita perlu berjimat untuk bulan ini,” kata Encik Asri membalas bagi pihak isterinya sambil memegang sebatang tongkat. Penghilatannya cacat.

Akram tetap mengambil roti itu lalu disuapkan ke dalam mulut dalam keadaan terpaksa.

“Ayah, lain kali ayah kerjalah kuat sikit,” rungut Akram lagi.

“Am, cakap dengan ayah tu eloklah sikit"tegur Pn. Azreen.

“Tak apalah. Am pergi dahulu,” pinta Akram dalam keadaan bengang. Dia pun bergerak ke muka pintu.

Setelah selesai mengikut kasut, dia berjalan kaki ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu bapanya.

Encik Azri dan Puan Azreen hanya menggeleng. 

*****

Akram dan dua orang rakannya berjalan pulang dari sekolah.

“Am, tengoklah ni. Ayah aku belikan,” kata Shukri dengan riaknya sambil menunjukkan PSP yang berada di tangannya.

“Wah, baiknya ayah kau!” kata Rafiq jujur.

‘Nanti aku nak minta ayah aku belikan jugalah,’ detik Akram dalam hati. 

Tiba-tiba, kelibat ayah dan ibu Akram kelihatan. 

“Am, ibu dan ayah nak keluar sekejap. Ibu dah masak. Kalau nak makan, ambillah di dapur,” jelas Puan Azreen dengan pantas sambil memegang lengan suaminya.

“Kenapa mak tak cakap pagi tadi? Ibu sengaja nak malukan Am kan?” marah Akram dalam keadaan berbisik.

Dia terus berlari pulang ke rumah tanpa ibunya sempat berkata apa-apa. 

Dia berasa sungguh malu dengan rakannya.

“Kenapalah orang tua itu buta?” marah Akram sambil berlari.

*****

“Ayah nak makan? Am boleh tolong sendukkan nasi,” kata Akram dengan penuh mesra.

“Tak mengapa. Ibu kan ada,” kata Encik Azri. Dia agak pelik dengan anaknya.

“Am tolong ibu ambilkan gelaslah, boleh?” uji Puan Azreen.

Akram terus bergerak ke rak pinggan mangkuk.

“Kenapa Am baik pula? Bukankah dia marahkan kita tadi?” soal Puan Azreen.

“Entahlah,” balas suaminya.

Akram pun meletakkan gelas di atas meja.

“Ayah,” panggil Akram meleret.

“Ya, Am.”

“Am nak PSP, boleh? Kawan-kawan Am semua ada PSP. Bolehlah ya?” kata Akram mengeluarkan taringnya.

“Maaflah, Am. Kita perlu berjimat sebab bulan depan tempat kerja ayah tak buka,” balas Encik Azri.

“Ayah ni, tak pernah faham Am. Kenapalah Am jadi anak orang buta ni?” marah Akram.

Pang! 

Tangan Encik Azri melekap di pipi Akram.

“Ayah jahat!” laung Akram lalu masuk ke dalam biliknya.

Encik Azri terkedu manakala isterinya tergamam.

*****

“Assalamualaikum,” laung Puan Azreen dari luar kelas Akram.

“Waalaikumussalam. Ada yang boleh saya bantu?” balas Cikgu Halim ramah lalu mendekatinya.

Mereka berbincang seketika.

Akram agak pelik kerana ibunya tidak memberitahu apa-apa pun pagi tadi. Salahnya juga kerana tidak menegur kedua ibu bapanya pagi tadi akibat amarahnya yang masih tidak pudar. 

“Akram, kemas beg kamu. Kamu boleh ikut ibu kamu,” arah Cikgu Halim.

Setelah selesai mengemas dengan penuh rasa aneh, dia pun mengikut ibunya.

“Ibu, kita nak pergi mana?” tanya Akram.

Ibunya hanya mendiamkan diri. Akhirnya mereka tiba.

“I… ibu… kenapa kita datang ke sini?“soal Akram dengan penuh gugup.

*****

“Ayah! Akram minta maaf!” jerit Akram sambil berdiri di sebelah ayahnya yang sedang terbaring di atas katil.

“A… ayah dilanggar kereta ketika mahu melintas jalan tadi,” kata ibu dalam tangis.

“Bukankah ibu selalu menemani ayah ketika mahu ke tempat kerja?” soal Akram pelik.

“Ayah pergi ke pekan untuk beli PSP yang kamu ingini. Dia tidak membenarkan ibu menemaninya,” jelas Puan Azreen dalam sedu.

Tangisan Akram makin kuat selepas mendengar penjelasan ibunya. 

*****

Suasana di tanah perkuburan menjadi lengang setelah kepulangan para jemaah. Hanya tangisan dua beranak sahaja yang kedengaran. 

“Ayah, maafkan Am. Am banyak buat dosa dengan ayah,” kata Akram sambil mengusap kubur ayahnya. 

 “Am, ayah ada berikan satu surat pada ibu ketika di awal perkahwinan kami. Ayah suruh berikannya pada kamu. Ambillah ini,” kata Puan Azreen sambil menghulurkan sepucuk surat.

Syarat itu diambil lalu dibuat lipatannya.

Wahai anakku, Am.

Apabila Am membaca surat ini, tandanya ayah sudah tiada di dunia ini.

Ayah tahu Am malu ada ayah yang buta. Tapi, ayah jadi bila disebabkan kasih dan sayang pada Am.

Ketika umur Am tiga tahun, kita berada di kampung. Am seronok bermain. Akibat leka, Am terjatuh lalu sepasang mata bundar Am tertusuk ranting kayu.

Ayah takut sangat ketika itu. Ayah pun membawa Am ke hospital.

Doktor mengesahkan Am relah hilang deria penglihatan sepenuhnya. 

Ayah tidak mahu Am merana. Oleh itu, ayah dermakan mata ayah. Am membesar dengan mata ayah.

Ayah minta maaf jika ada berbuat salah pada Am. Ayah juga dah maafkan Am. Ayah minta Am di atas pemergian ayah.

Jagalah ibu. Dia yang telah melahirkanmu. Belajarlah dengan tekun dan buatlah ayah dan ibu bangga. Ingatlah pesan ayah.

Ayah sayangkan Am. Am jaga diri. 

Walaupun ayah tidak meninggalkan apa-apa tanda ketika hendak pergi, ayah sudah tinggalkan sepasang mata untuk diingati.

Salam sayang daripada ayahmu.’

Tangisan Akram kedengaran lebih kuat selepas. Surat itu digenggam dengan kuat.

“Ayahlah idola, ayahlah hero Am,” ungkap Akram dalam tangisan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: