Certot

Ayahku Heroku

Hasil nukilan Shamim 2 years agoSuperhero 38

             

“Abah, boleh atau tak kalau along nak sertai program berkhemah sekolah?” tanya Iqbal kepada ayahnya.

“Di mana?” tanya Ustaz Khairul kepada anak sulungnya itu.

“Kawasan rekreasi Air Terjun Sekayu,” jawab Iqbal ringkas.

“Tak boleh, tempat itu keras. Kamu kalau nampak je, mesti demam tak kebah selama seminggu!” ujar Ustaz Khairul.

“Bolehlah, abah. Lagipun cikgu ada bersama,” pujuk Iqbal.

“Boleh, tetapi duit yuran kamu kena guna duit kamu sendiri, ya,” kata Ustaz Khairul.

“Terima kasih,” jawab Iqbal sambil tersenyum.

Sebaik sahaja Iqbal mendapat kebenaran dari Ustaz Khairul untuk pergi berkhemah, Iqbal terus menelefon gurunya iaitu Cikgu Azrul.

“Cikgu, ayah saya benarkan saya untuk pergi berkhemah,’’ kata Iqbal dengan nada gembira.

“Baguslah itu. Jadi, bila kamu mahu bayar yuran?” tanya guru muda yang baru berumur 28 tahun itu.

“Eh, sekejap cikgu. Berapa harga yuran?” soal Iqbal.

“Aii, itu pun sudah lupa? RM50 lah,” sindir gurunya itu.

“Okey, esok saya bayar,” kata Iqbal

Tangan Iqbal pantas meletakkan telefon jenama Lenovonya itu dan terus bergegas keluar dari rumah tanpa meminta kebenaran dari Ustaz Khairul. Dia terus mengambil basikalnya yang tersandar di dinding. Dia menaiki basikal dan terus menunggang basikalnya sepantas halilintar akibat terlalu gembira.

Kebabom!

Tak semena mena Iqbal terlanggar sebiji batu yang terletak di tengah jalan. Basikalnya terpelanting ke arah padang. Manakala Iqbal tercampak ke kebun bunga milik Mak Cik Leha. Kepala Iqbal lebam serta di lututnya luka parah. Semasa itu, kebetulan sekumpulan kawannya sedang menunggang basikal di hadapan rumah Mak Cik Leha. Satu dari lima kawan kawanya itu menolehdari di depan dan ke arah rumah Mak Cik Leha apabila dia terdengar suara sayu meminta tolong.

“Ya Allah, Nik,” kata kawannya itu.

“Tolong aku,” sambut Iqbal perlahan.

“Korang, pergi panggil Mak Nik cepat! Dia tengah sakit ni,” jerit kawan baik Iqbal yang bernama A’aqib itu.

“Okey, kita orang nak panggil mak dia lah ni,” kata kawan-kawannya itu.

Semasa kawan kawan Iqbal memanggil ibunya, Mak Cik Leha keluar dari rumahnya.

“Ya Allah, kenapa dengan kamu ni?” tanya Mak Cik Leha.

“Saya kemalangan,” kata Iqbal.

“Mari masuk ke dalam rumah, mak cik tolong ubatkan,” kata Mak Cik Leha.

A’aqib pun menolong kawan baiknya berjalan memasuki rumah Mak Cik Leha. Sementara Mak Cik Leha pula bergegas ke dapur untuk mengambil kit pertolongan cemas. Semasa itu, ibu Iqbal datang.

“Eh, mana pulak perginya si Iqbal ni?” kata salah seorang sahabat karib Iqbal yang bernama Haiqal itu.

“Kawan-kawan, cuba korang tengok ni,” kata Aiman sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah titisan darah yang berada dari kebun bunga hingga ke pintu masuk rumah Mak Cik Leha.

“Agaknya dia dah masuk rumah Mak Cik Leha kot?” kata Adam pula.

Haiqal, Aiman, Adam, Shahiran, dan Puan Hamidah segera memberi salam dan memasuki rumah Mak Cik Leha.

Ya Allah!

Terkejut Puan Hamidah apabila melihat keadaan anak sulungnya itu. Kakinya di baluti kain putih serta kepalanya dituam dengan ais.

“Terima kasihlah, sebab bantu anak saya ni,” kata Puan Hamidah.

“Tak mengapa, lagipun kalau tolong orang, dapat pahala, “ kata Mak Cik Leha.

“Terima kasih,” kata Puan Hamidah, ringkas.

“Sama-sama,” jawab Mak Cik Leha sambil tersenyum.

“Asalamualaikum,” kata Puan Hamidah

“Waalaikumsalam,” jawab Mak Cik Leha.

Semasa di dalam kereta Proton Preve milik Puan Hamidah, Puan Hamidah bertanya, bagaimana boleh terjadi sebegitu? Iqbal pun menceritakan segala-galanya. Apabila sampai di rumah, Puan Hamidah mengajak Iqbal makan malam.

Setelah selesai makan malam, Iqbal masuk ke dalam biliknya dan mengambil tabung tembikar yang berbentuk duriannya itu dan langsung memecahkan dengan cara mencampak tabung ke lantai. Apababila di kira kira, jumlah kesemuanya ialah RM74.30.

“Mak, kalau dah macam ni, macam mana nak sekolah esok?” tanya Iqbal kepada ibunya.

“Takpelah, mak bagi bagi cuti dua hari. Manfaatkanlah cuti itu ya,” kata Puan Hamidah.

“Baiklah,” jawab Iqbal, sepatah.

Apabila mendengar berita itu dia langsung menelefon gurunya.

“Cikgu, tadi saya kemalangan. Saya luka parah. Jadi esok saya tak datang. Boleh tak perkhemahan itu ditangguhkan minggu depan?” tanya saya.

“Tak tahulah, nanti esok cikgu akan umumkan pada peserta berkhemah bahawa perkhemahan ditangguhkan minggu depan,” kata Cikgu Azrul.

“Terima kasih, cikgu,” kata Iqbal.

*****

Satu minggu berlalu.

“Semua sudah ada?” tanya Cikgu Haida.

“Ada,” jerit semua murid yang menyertai pasukan berkhemah itu.

Bas pun bergerak ke arah Air Terjun Sekayu.Apabila sampai di tempat yang di tuju, guru memutuskan untuk membuat kunpulan. Satu kumpulan, satu khemah. Iqbal seperti biasa, dia memilih empat orang rakan karibnya. Iqbal melantik dirinya sendiri sebagai ketua.

“Semua berkumpul di sini,” kata Cikgu Ani pula.

“Hari sudah mahu senja. Jadi, sebelum senja cikgu nak kamu semua mencari kayu api untuk dibuat unggun api. Semua, berpecah mencari kayu api,’’ sambung Cikgu Ani lagi.

Iqbal pun berpecah mencari kayu api. Ketika itu dia ternampak seekor anak musang yang kakinya tercedera. Kebetulan, dia ada membawa kit pertolongan cemas. Iqbal pun merawat anak musang yang kakinya tercedera. Dia mengambil putik kapas yang telah direndam dalam ubat gamat dan sapukan pada lukanya. Setelah selesai merawat, dia mula pelik dengan persekitarannya.

“Eh, mana pula jalan balik ni?”

“Dekat mana pula aku ni?”

“Aku dah sesat!”

“Semua sudah ada, murid murid?” ujar Cikgu Saidah.

“Iqbal tiada lagi, cikgu,” kata Haiqal.

“Eh, mana pula dia ni? Tak mengapalah, kita tunggu saja,” kata Cikgu Saidah.

*****

Dua jam berlalu….

“Eh, mana pula si Iqbal ni?” kata Cikgu Saidah.

“Dia sesat agaknya, cikgu,’’ kata salah seorang peserta perkhemahan.

‘’Marilah kita solat hajat kat surau, supaya kita dapat menjumpai dia,” kata Cikgu Azrul.

Setelah selesai solat, cikgu mengumumkan agar esok cikgu menghubungi ibu bapa Iqbal.

*****

Keesokan harinya di rumah Iqbal.

“Dah, abang nak pergi beli surat khabar kejap ni,” kata Ustaz Khairul.

“Okey, pergilah’’ kata Ustaz Khairul

Setelah kembali ke rumah, Ustaz Khairul terus membaca surat khabar Alasan yang dibelinya tadi. Dia mulai membuka mukasurat pertama dalam surat khabar itu.

KUALA BERANG - Seorang remaja Sekolah Menengah Taman Indah yang baru hanya berumur 15 tahun yang namanya dikenali sebagai Nik Hanif Iqbal Bin Nik Mohd Khairul didapati sesat di Hutan Lipur Sekayu. Dia bersama gurunya untuk berkhemah di situ. Dia didapati sesat apabila disuruh oleh gurunya mencari kayu api berseorangan. Operasi pencarian telah bermula pada jam 7.00 pagi hari ini.

Ya Allah!

“Kenapa itu, bang?” tanya Puan Hamidah.

“Anak kita…anak kita sesat!” jawab Ustaz Khairul.

“Cepat jom kita pergi cari anak kita,” kata Ustaz Khairul.

Ustaz Khairul terus mengambil kunci kereta Preve dan menghidukan enjin dan terus memecut laju ke arah Hutan Lipur Sekayu. Apabila sampai di tempat yang dituju Ustaz Khairul terus masuk ke hutan dan mencari Iqbal. Pelbagai onak ranjau yang di hadapi oleh Ustaz Khairul demi mencari anak tunggalnya itu.

Setelah berusaha mencari selama dua jam, Iqbal masih tidak di jumpai. Ustaz Khairul akhirnya mencuba cara islam pula. Dia berdiri di atas sebiji batu yang besar dan melaungkan adzan dengan begitu kuat. Tak semena-mena Iqbal keluar dari semak-samun di hadapan Ustaz Khairul.

“Ya Allah, anak aku,” kata Ustaz Khairul.

“Abah! Terima kasih kerana sanggup gadaikan nyawa demi Iqbal,” kata Iqbal

Mereka berdua berpelukan sambil menangis kegembiraan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: