Certot

Ayahku Heroku

Hasil nukilan Muhammad Adli 2 years agoSuperhero 8

Nama aku Aidil. Aku berumur 11 tahun. Aku merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. 

Seminggu berlalu, aku sentiasa mengulangkaji untuk peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK). Minggu depan merupakan ujian yang terbesar bagi aku. Al-maklum, aku merupakan anak bongsu dan kakak-kakakku telah berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang hingga masuk ke dalam surat khabar. 

“Ujian Penilaian Kelas Kafa akan ditangguhkan disebabkan jerebu. Ujian ini akan dijalankan pada hari Khamis dengan matapelajaran Lughatul Alquran.” Kata-kata pemberita itu aku dengar dengan teliti. Aku sangat gembira dengan berita itu. Bolehlah aku mengulangkaji lagi. 

‘Ya Allah, hanya kau tahu perasaan hatiku. Aku tidak menyangka ujian ini begitu mudah dan hari esok merupakan hari terakhir dalam ujian UPKK,’ bisik hatiku dengan keriangan kerana esok merupakan matapelajaran Adab (Akhlak), matapelajaran kegemaranku.

*****

Pagi hari Rabu ,aku bangun dengan keriangan hati. Aku dapat merasakan hari ini adalah hari yang paling bahagia untukku.

Sampai sahaja di sekolah, aku tersenyum bagaikan seorang peniaga yang mendapat keuntungan banyak. Aku rasa sungguh bersemangat.

“Tersenyum lebar nampak,” kata Aina yang merupakan kawan aku sejak tadika.

Aku hanya memandangnya dengan muka yang manis. 

Kring!

Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Aku pulang dengan perasaan gembira.

“Ayah mahu singgah ke kedai dobi sekejap. Mana tahu kedai itu buka, boleh ayah hantar baju. Esok ada mesyuarat,” kata ayahku panjang lebar. Aku hanya tersenyum menandakan okey.

“Aduh, kedai ini tutup. Tidak apalah, kedai dobi lain ada. Kita terus balik rumah ya.” Aku hanya tersenyum. Malas mahu berkata-kata.

Sampai sahaja di simpang, aku berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon motosikal.

“Ya Allah.” Kata-kataku terhenti.

Motor ayahku sudah menjadi senget disebabkan oleh motor yang kurang ajar itu. Bila-bila masa aku akan kemalangan. 

Ketika aku hampir terkena jalan raya, ayahku berjaya menyelamatkan aku. Tanganku tidak sempat ayahku selamatkan. Tanganku terheret di jalan raya dan mengalami luka yang agak teruk.

Dengan segera, ramai orang membangunkan aku. Orang ramai meminta supaya dia membawa aku dan ayahku ke rumah, tetapi ayahku menolak.

Ayahku dengan pantas membawa aku ke rumah walau dalam keadaan yang berluka. Ibuku terkejut dan terus mengambil kunci kereta untuk menghantar aku ke klinik dengan segera.

Setelah menerima rawatan, aku terus ke sekolah Agama Pintas Puding. Aku terus membuat kertas Adab 1 dengan mudah. Adab 2 juga aku berjaya membuat yang terbaik walaupun tangan aku masih sakit.

*****

Hari berganti hari, bulan berganti bulan,detik yang ditunggu sudah tiba. Keputusan UPKK sudah pun berada di tangan Cikgu Norlina dan Cikgu Jamilah.

Aku berjaya meraih 8A dalam ujian itu. Walaupun luka itu meninggalkan parut, aku mampu mendapatkan 8A.

Aku berasa sangat bertuah kerana ayah aku menyelamatkan aku. Kalau tidak, aku berisiko tinggi untuk hilang ingatan. Ayahku boleh menjadi hero. Ayahku heroku.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: