Certot

Ayahku Hero

Hasil nukilan Tiya 2 years agoSuperhero 31

Namaku Putri Zakiah. Aku berumur 10 tahun. Semasa aku dilahirkan,aku tidak menangis. Setelah doktor memukulku, barulah aku menangis.Kemudian doktor memeriksaku. Setelah doktor selesai memeriksaku, doktor mengesahkan yang aku menghidap penyakit jantung berlubang.

Seluruh keluargaku terkejut dengan berita itu. Minggu hadapannya, kami terpaksa berpindah kerana di Labuan tiada hospital yang dapat merawatku. Setelah tiga tahun kami di Sabah, kami terpaksa berpindah pula ke Kuala Lumpur untuk aku dirawat di Institut Jantung Negara.

Semasa doktor ingin menutup lubang di jantungku. “Puan, encik. Jantung anak kalian mempunyai dua lubang, bertindih,” ujar doktor itu. Ketika itu, nyawaku sangat bahaya. Ibuku mulai panik. 

“Doktor, biar saya tengok,” kata ayahku, encik Yani. Dahulu, ayahku seorang doktor jantung. Doktor itu pun akur.

Ayahku mula merawatku.Akhirnya,nyawaku diselamatkan oleh ayahku. Tambahan pula umurku baru lima tahun masa itu. Aku bersyukur pada Tuhan kerana dikurniakan seorang ayah yang sungguh sayang padaku. 

*****

Pada usia lapan tahun, ketika ingin melintas jalan, sebuah kereta meluncur laju ke arahku. Ayahku yang ternampak kejadian itu terus menolak aku ke tepi. Ayahku dilanggar kereta itu.

Mujurlah ayahku tidak cedera teruk. Cuma luka di lutut dan kulit di siku ayahku tercabut sedikit. 

“Ayah, terima kasih sebab selamatkan Tiya,” ucapku pada ayah. 

“Sikit jer, bukannya banyak pun ayah luka,” balas ayahku. 

“Tapi, pada Tiya, luka ayah tu sebab tiya. Kalau tak mesti ayah tak luka,” kataku lagi. Ayah hanya tersenyum

Aku bersyukur pada Tuhan kerana dikurniakan ayah yang hebat. Aku juga bersyukur pada Tuhan kerana tidak merampas nyawa ayahku hanya kerana aku.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: