Certot

Ayahku Bukan Penjenayah

Hasil nukilan Ainul 2 years agoSuperhero 22

 

Faizul Hakimi bin Abdullah. Itulah salah satu nama bekas penagih dadah. Dia mempunyai seorang anak. Isteri? Dia telah bercerai dengan isterinya beberapa tahun yang dulu. Nama anaknya ialah Muhd Aiman Hakimi yang berumur 14 tahun.

Satu tahu yang lepas….

Sebuah van bewarna hitam datang menghampiri tempat yang dipenuhi dengan penagih dadah berada untuk menangkap mereka. Semua penagih dadah segera melarikan diri dari tempat itu. Encik Faizul tidak berjaya melarikan diri kerana dia telah ditangkap. Rakan-rakannya yang lain berjaya melarikan diri.

Satu tahu kemudian….

Selama setahun Encik Faizul berada di dalam pemulihan, dia telah berjaya mengubah dirinya menjadi baik. Setelah keluar dari pusat pemulihan, Encik Faizul segera pulang ke rumah. Dia mendapati anaknya tiada di rumah. Dia segera menuju ke rumah adiknya.

“Assalamualaikum!” Encik Faizul memberi salam.

“Waalaikumsalam. Eh, along? Banyak perbezaan along! Aiman! Ayah dah balik!” Adiknya, Puan Farrah terkejut melihat perbezaan abangnya.

“Ada apa, mak ngah? Eh ayah! Ayah dah balik! Aiman syukur ayah dah berubah!” Aiman segera memeluk ayahnya. Mahu tidak gembira, sudah setahun tidak berjumpa.

*****

Encik Faizul bangun agak awal hari ini. Tidak seperti dahulu. Matahari sudah tegak baru mahu bangun. Encik Faizul segera menuju ke luar lalu menyarung sepasang kasutnya. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul lapan pagi.

“Aiman! Jom ikut ayah! Ayah nak pergi kedai. Nak ikut tak?” soal Encik Faizul dengan suara yang kuat. Mahu tidak kuat, satu taman boleh mendengar suara itu.

“Kedai? Nak, sekejap ya,” jawab Aiman.  “Erm dah jom,” Aiman segera mengunci pintu itu.

*****

“Semuanya RM 34.70,” ujar lelaki yang menjaga kaunter itu. Tiba-tiba lelaki itu menyerahkan sesuatu kepada Encik Faizul. Encik Faizul mengambil benda itu untuk melihat apakah itu.

Aiman membisik sesuatu kepada ayahnya. “Itu bukan dadahkah?”

Encik Faizul segera mengambil telefon dari poketnya lalu bertanya. “Benda apa ini?”

“Dadah. Kau kan bekas penagih dadah. Takkan tidak mahu cuba lagi?” jawabnya.

Baru Encik Faizul ingat, lelaki itu adalah rakan penagih dadahnya.  Encik Faizul menelefon polis untuk melaporkan mengenai hal itu. Lelaki itu tidak tahu bahawa Encik Faizul sedang melaporkan kepada polis.

Polis dengan segera datang ke tempat itu. Polis berjaya menangkap lelaki itu atas kesalahan mengedar dadah. Polis itu mengucapkan terima kasih atas laporan itu. Selama ini, lelaki itu sudah lama dicari polis, namun polis tidak berjaya ditangkap.

  Dalam hati, Aiman berasa sangat gembira kerana ayahnya telah menjadi hero. Aiman memeluk dengan erat lalu membisik sesuatu kepada ayahnya.

“Terima kasih ayah. Ayahku superhero yang hebat!” 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: