Certot

AYAHKU AHMAD

Hasil nukilan Sahril Suhaimi Radzi2 years agoSuperhero 17

             

Kisah tentang seorang ayah yang bernama Ahmad yang berumur 42 tahun dan sering digelar superhero. Dia tinggal bersama isterinya yang bernama Siti yang sebaya dengannya, bersama anak lelaki yang bernama Haikal, berumur 13 tahun. Manakala anak lelaki keduanya yang bernama Haris berumur 12 tahun. Macam mana Ahmad mendapat gelaran ayahku superhero?

Semasa mereka sekeluarga keluar untuk membeli belah, kereta mereka dilanggar oleh sebuah lori aiskrim. Isteri Ahmad tersepit di tayar lori itu. Manakala anak-anak Ahmad hanya mendapat cedera ringan. Mayat Siti telah sempurna dikebumikan. Setelah isterinya dikebumikan, Ahmad  redha kerana Ahmad adalah seorang ayah yang sabar, baik, sopan, dan lemah lembut. Tambahan lagi dia masih ada anak-anaknya.

Pada suatu masa lain, sewaktu mereka sekeluarga keluar untuk pergi makan, Ahmad nampak seorang tua yang buta mahu melintas jalan raya. Ahmad terus pergi kepada orang tua buta itu dan terus memegang tangan lelaki tua yang buta itu dan berkata, “Pak cik, biar saya bawa pak cik ke hujung jalan.” 

Setelah selesai menolong lelaki tua yang buta itu mereka pergi ke kereta. Sebaik sahaja mereka membelok, mereka dilanggar oleh sebuah lori ais dan anaknya, Haikal telah meninggal dunia. Manakala Ahmad mendapat cedera ringan, tetapi Ahmad tetap redha atas kematian anaknya iaitu Haikal dan   mayat anaknya Haikal di kebumikan. Tetapi Ahmad tetap bersabar atas kematian anaknya itu.

Kini tinggallah hanya Ahmad dan anaknya Haris. Sewaktu mereka berdua duduk di beranda rumah, selepas makan malam tiba-tiba Ahmad nampak sebuah rumah jirannya terbakar dan ada mangsa terperangkap di rumah itu.  Ahmad terus berlari menyelamatkan mangsa yang ada di rumah terbakar itu dan Ahmad membawa mangsa itu ke hospital. Ahmad telah berjaya menyelamatkan semua mangsa.

Pada suatu ketika yang lain, sewaktu Ahmad menunggu anaknya haris di luar sekolah, dia ternampak ada orang diragut. Ahmad dan anaknya terus mengejar peragut itu. Ahmad berjaya mengejar peragut itu, mengambil semula dompet yang dicuri dan menghubungi polis. Peragut tersebut jatuh tersungkur setelah kakinya disepak oleh Ahmad. Polis sampai dan berjaya menangkap peragut itu.

Keesokan harinya sewaktu Ahmad hendak pergi ke tempat kerja pada hari Sabtu, Haris pula ditinggalkan di rumah. Manakala Haris pula keluar pergi bermain di taman. Apabila Ahmad pulang dari kerja dia melihat barang-barang di rumahnya bersepah-sepah. Rupa-rupanya ada pencuri yang mencuri barang-barang yang ada di rumahnya semasa Haris bermain di taman. Apabila Haris pulang dari taman Haris di marahi oleh ayahnya kerana cuai dan leka dan kemudian Haris pun berjanji, “Haris janji Haris tak akan cuai dan leka.’’ Tetapi Ahmad tetap bersabar.

Keesokan harinya, Ahmad membawa Haris ke taman.  Setelah beberapa jam, Ahmad hendak pulang ke rumah. Ahmad terus memanggil Haris. “Haris ooo Haris, ayah nak balik dah lewat dah ni. Dah petang ni, jom balik.’’ Tetapi Haris tidak menyahut soalan itu. Ahmad pun terus mencari di seluruh tempat di taman tetapi masih belum berjumpa. Ahmad mencari anaknya sehingga ke malam.

Keesokan harinya Ahmad terus pergi ke balai polis dan membuat laporan kehilangan Haris. Semasa perjalanan pulang, Ahmad ternampak penculik sedang menculik budak-budak dan Ahmad terus mengekori penculik itu. Bila tiba di tempat budak-budak itu diculik, Ahmad pun keluar dari keretanya dan mengekori penculik itu sehingga sampai ke sebuah gua. Ahmad ternampak anaknya dikurung oleh penculik itu. 

Sewaktu penculik itu pergi dari gua kerana mahu mencuri makanan, Ahmad terus pergi ke kurungan itu dan membebaskan budak-budak lain dan anaknya. Ahmad ternampak ada kunci di atas meja. Ahmad terus pergi ke meja itu dan mengambil kunci. Selepas mendapat kunci itu Ahmad menoleh ke belakang, tiba-tiba penculik itu sudah pulang ke gua. Penculik itu mengikat Ahmad di kerusi. Penculik itu bercadang mahu menjual budak-budak itu dan anaknya. 

Penculik itu membawa budak-budak dan anaknya ke sebuah van curi, manakala Ahmad ditinggalkan bersama penculik yang lain. Ahmad ingin melepaskan dirinya. Dia terjatuh ke tanah dan ternampak ada pisau di tempatnya terjatuh, lalu terus melepaskan dirinya mengunakan pisau. Ahmad dapat melepaskan dirinya, dia terus keluar tanpa penculik lain sedar.

Ahmad terus mengambil van penculik itu tanpa disedari mereka. Ahmad ternampak budak-budak lain dan anaknya dikurung lagi. Ahmad terus pergi ke kurungan itu. Ahmad cuba membuka, tetapi tidak berjaya. Ahmad pun keluar untuk mencari kayu balak yang kuat untuk membuka kurungan itu. Akhirnya dia berjaya membukanya. Ahmad membawa kesemua budak-budak keluar dan menghubungi polis. Penculik itu berjaya ditangkap. Kesemua budak-budak yang Ahmad selamatkan mengucapkan terima kasih kepada Ahmad. Anaknya, Haris pun berkata,  “Terima kasih ayahku superhero.’’ Itulah cerita ayahku superhero.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: