Certot

Ayahku adalah Insan Teristimewa

Hasil nukilan Naufal 5 B 2 years agoSuperhero 22

 Aku Taufiq. Ayah aku merupakan ayah insan teristimewa kerana dia merupakan orang OKU. Walaupun dia cacat, tetapi bagiku dia adalah superhero walaupun dia OKU. Tetapi, aku boleh menerimanya sebagai insan teristimewa.

Pada suatu hari, ibu meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Aku fikir siapa jaga ayah aku? Hampir aku putus asa kerana aku rasa aku masih kanak-kanak, macam mana nak baginya dia makan? Malam itu, aku mimpi arwah ibuku dan semasa mimpi itu, ibu pesan tolong jaga ayah kamu dengan baik-baik.

Setelah itu, aku mencari kerja sambilan demi menjaga ayahku. Semasa itu, aku berumur 16 tahun dan adalah sikit-sikit duit yang boleh memberi makan ayahku.

Sampai aku bekerja dan alhamdulilah… hasil kerja aku. Aku dapat naik pangkat iaitu pangkat aku adalah pengurus besar.

Selepas itu, aku dan ayah berpindah ke Kuala Lumpur. Aku berjumpa dengan seorang perempuan yang bernama Ayu dan aku bernikah dengannya. Aku akan percaya Ayu kerana dia seorang yang baik hati.

Sampai akhir zaman, aku tetap bersama ayahku. Walaupun tiada ibu tapi, aku akan  menjaga ayah.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: