Certot

Ayah, You Are My Superhero

Hasil nukilan Syamil Salan 2 years agoSuperhero 5

Namaku Arman. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Labu. Di sekolah, aku mempunyai rakan baik yang bernama Amin. Kami selalu melakukan sesuatu bersama-sama.

Pada petang Ahad, kami menolong Pak Majid iaitu ayah Arman menolong mengangkat barang. Setelah menolong Pak Majid, kami pergi ke pondok yang terletak di sebelah rumah Amin. Apabila kami sampai di pondok itu mereka terus baring di situ. 

“Man, esok jom kita mandi di sungai hujung kampung nak tak?” ajak Amin.

“Okey,” jawab aku. 

*****

Pada malam itu, Arman termenung sendirian di biliknya. Pak Majid mula merasa risau lalu masuk ke dalam bilik tunggalnya itu.

“Man, kenapa termenung ni?” tanya Pak Majid.

“Amin ajak Arman mandi sungai di hujung kampung,” kata aku.

“Tidak boleh!” tegas Pak Majid. 

“Tapi Arman sudah janji dengan Amin,” kata aku.

“Sekarang musim tengkujuh, bahaya!” jawab Pak Majid dengan tegas.

“Tapi Arman teringin, ayah,” kata Arman.

“Suka hati kamulah,” kata Majid.

“Yeah!” jerit aku riang.

*****

Pada keesokan harinya, aku menunggu Amin di Surau Kampung Labu. Seketika kemudian, Amin muncul. Mereka terus ke sungai yang terletak di hujung kampung. Apabila sampai, mereka terus mandi.

“Sejuknya air sungai ni,” kata aku. 

Dalam keriangan bermain air sungai, aku tersadung batu di dalam sungai itu. Aku lemas.

“Tolong! Tolong! Tolong!” jeritku.

Tiba-tiba Pak Majid iaitu ayahku terjun dan meyelamatkanku. Selepas itu, dia meberikanku bantuan cemas dengan segera. Aku sedar. Selepas aku sedar, aku berkata kepada ayahku, “Ayah, you are my super hero!”

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: