Certot

Ayah Wira Sejati !!!!!!

Hasil nukilan Raja Natasha about 3 years agoSuperhero 28

Nama aku Lina. Aku orang kaya. Kerja aku setiap hari cuma menulis diari. Aku tinggal bersama ayahku kerana ibuku sudah kahwin lain. Ketika itu aku berumur enam tahun. Dan hak penjagaanku jatuh kepada ayah. Ayah melarang aku daripada berjumpa dengan ibu. Aku bukannya kurang kasih sayang, tetapi langsung tiada kasih sayang.

Suatu hari pada pagi subuh, aku solat dan berdoa supaya ibu bapaku bersatu kembali. Walaupun tidak berhasil, tetapi aku betul-betul percaya Yang Maha Esa akan menunaikan permintaanku suatu hari nanti.

Setelah solat, aku terpaksa mengikut ayah ke tempat kerjanya. Bagiku, pejabat ayah bagaikan hotel yang tiada tandingannya. Aku berharap aku boleh tidur di sini.

Ayah akan menghabiskan masa di kafeteria setiap hari. Hubunganku dengan ayah amat tegang kerana kami memang tidak selalu besembang. Jika berdua dengan ayah, aku akan rasa janggal. 

Selalu apabila di kafeteria, aku akan bertemu kawan yang sesuai denganku tetapi hari ini memang kosong seperti  hati aku ini kosong tiada acara. Tiba-tiba ayah datang dan duduk di depanku. 

Aku bertanya, “Kenapa hari ini kosong?” 

Lalu ayahku menjawab, “Sebab hari ini akan ada contest. Jadi satu pejabat ini akan mencari barang terpakai di rumah mereka dan bawa ke mari.” 

Dalam hatiku, ‘Ini kali pertama ayah bercakap panjang denganku.’

“Jadi, mengapa kita tidak mencari barang terpakai di rumah?” Aku berdebar sambil menunggu jawapan daripada mulut ayahku. 

“Sebab di rumah kita itu seperti hutan Amazon. Jadi kalau nak cari pun rasa macam night walk,” jawab ayahku. Aku berdebar-debar kerana ini kali pertama aku bersembang panjang dengan ayahku. 

Kalau diikutkan aku ini tidak bersekolah cuma guru tuisyen sahaja yang mengajarku. “Lina tidak mahu bersekolah?” Soalan mengejut daripada ayahku. 

“Erm… tidak mahu kerana nanti mereka persendakan kedudukan saya,” jawabku dengan perasaan gementar dan gelisah. Selepas itu, kami berborak sakan sahaja. Entah mengapa aku terasa biasa dengan semua ini.

Kami menunggu di situ selama 30 minit. Seorang perempuan datang dengan pakaian yang tidak elok dipandang. Dia membawa anak perempuan yang memakai dress dan kaca mata hitam.

Aku ada perasaan nak tergelak. Aku rasa macam nak tangkap gambar. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya ayahku menangkap gambar. Ayahku terus upload ke Facebook. Ayahku menulis ‘Mak cik Kepoh’.

Aku buat tidak tahu. Lalu aku lihat ibuku Roslina Hashim komen di ruang komen. Dia menulis “Isteri baru? Kasian Lina harus menerima ibu tiri.” 

Aku tersentuh tetapi ayahku menulis. “Eh! Mulut hang tu jaga sikit.” 

Aduh! Takkanlah nak bergaduh di ruang komen pula! Saya cuba menenangkan keadaan dengan menulis. “Mak, ayah jangan gaduh, ya.” 

Tiba-tiba ramai yang komen pasal aku menyampuk hal orang tua. Sekarang ni nama aku dah diburukkan. Ramai yang mengutuk aku.

Ayahku melihat aku menangis. Jadi ayahku menulis. “Barang siapa yang menyakitkan hati anak aku, akan aku sakiti hati anak di.” 

Tiba-tiba di ruang komen mereka menulis. “Maafkan kami, Lina Syazlina.” 

Aku dapat maruah aku semula kerana ayahku. Kini ayahku sudah tiada kerana menghidap penyakit diabetes. Jadi aku diwariskan sebagai pewaris hidup ayahku.

Ayah wira sejati!Nama aku Lina. Aku orang kaya. Kerja aku setiap hari cuma menulis diari. Aku tinggal bersama ayahku kerana ibuku sudah kahwin lain. Ketika itu aku berumur enam tahun. Dan hak penjagaanku jatuh kepada ayah. Ayah melarang aku daripada berjumpa dengan ibu. Aku bukannya kurang kasih sayang, tetapi langsung tiada kasih sayang.

Suatu hari pada pagi subuh, aku solat dan berdoa supaya ibu bapaku bersatu kembali. Walaupun tidak berhasil, tetapi aku betul-betul percaya Yang Maha Esa akan menunaikan permintaanku suatu hari nanti.

Setelah solat, aku terpaksa mengikut ayah ke tempat kerjanya. Bagiku, pejabat ayah bagaikan hotel yang tiada tandingannya. Aku berharap aku boleh tidur di sini.

Ayah akan menghabiskan masa di kafeteria setiap hari. Hubunganku dengan ayah amat tegang kerana kami memang tidak selalu besembang. Jika berdua dengan ayah, aku akan rasa janggal. 

Selalu apabila di kafeteria, aku akan bertemu kawan yang sesuai denganku tetapi hari ini memang kosong seperti  hati aku ini kosong tiada acara. Tiba-tiba ayah datang dan duduk di depanku. 

Aku bertanya, “Kenapa hari ini kosong?” 

Lalu ayahku menjawab, “Sebab hari ini akan ada contest. Jadi satu pejabat ini akan mencari barang terpakai di rumah mereka dan bawa ke mari.” 

Dalam hatiku, ‘Ini kali pertama ayah bercakap panjang denganku.’

“Jadi, mengapa kita tidak mencari barang terpakai di rumah?” Aku berdebar sambil menunggu jawapan daripada mulut ayahku. 

“Sebab di rumah kita itu seperti hutan Amazon. Jadi kalau nak cari pun rasa macam night walk,” jawab ayahku. Aku berdebar-debar kerana ini kali pertama aku bersembang panjang dengan ayahku. 

Kalau diikutkan aku ini tidak bersekolah cuma guru tuisyen sahaja yang mengajarku. “Lina tidak mahu bersekolah?” Soalan mengejut daripada ayahku. 

“Erm… tidak mahu kerana nanti mereka persendakan kedudukan saya,” jawabku dengan perasaan gementar dan gelisah. Selepas itu, kami berborak sakan sahaja. Entah mengapa aku terasa biasa dengan semua ini.

Kami menunggu di situ selama 30 minit. Seorang perempuan datang dengan pakaian yang tidak elok dipandang. Dia membawa anak perempuan yang memakai dress dan kaca mata hitam.

Aku ada perasaan nak tergelak. Aku rasa macam nak tangkap gambar. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya ayahku menangkap gambar. Ayahku terus upload ke Facebook. Ayahku menulis ‘Mak cik Kepoh’.

Aku buat tidak tahu. Lalu aku lihat ibuku Roslina Hashim komen di ruang komen. Dia menulis “Isteri baru? Kasian Lina harus menerima ibu tiri.” 

Aku tersentuh tetapi ayahku menulis. “Eh! Mulut hang tu jaga sikit.” 

Aduh! Takkanlah nak bergaduh di ruang komen pula! Saya cuba menenangkan keadaan dengan menulis. “Mak, ayah jangan gaduh, ya.” 

Tiba-tiba ramai yang komen pasal aku menyampuk hal orang tua. Sekarang ni nama aku dah diburukkan. Ramai yang mengutuk aku.

Ayahku melihat aku menangis. Jadi ayahku menulis. “Barang siapa yang menyakitkan hati anak aku, akan aku sakiti hati anak di.” 

Tiba-tiba di ruang komen mereka menulis. “Maafkan kami, Lina Syazlina.” 

Aku dapat maruah aku semula kerana ayahku. Kini ayahku sudah tiada kerana menghidap penyakit diabetes. Jadi aku diwariskan sebagai pewaris hidup ayahku.

Ayah wira sejati!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: