Certot

Ayah Wira Sebenar

Hasil nukilan Raja Natasha about 3 years agoSuperhero 8

Kring!

Bunyi loceng sudah kedengaran menandakan waktu pulang. 

“Syafiah pulang naik apa?” tanya Ayu kepada Syafiah. 

“Naik keretalah,” jawab Syafiah sambil mengemas begnya. 

“Oh, aku pulang dengan ayah aku naik motorsikal,” kata Ayu kepada Syafiah. 

“Aik? Bukan selalu kau naik basikal?” tanya Syafiah dengan hairan. 

“Bukankah sekarang sudah banyak kes penculikan? Jadi aku buat keputusan untuk menyuruh ayahku menjemputku setiap hari,” jelas Ayu kepada Syafiah. 

Setelah itu, Ayu menunggu ayahnya untuk waktu yang agak lama. 

Hon! Hon!

Bunyi itu datangnya di sebelah sekolah. Ayu terus pergi ke tempat itu dan ternyata ayahnya yang sedang menunggu di situ. Tanpa membuang masa lagi, Ayu terus masuk dengan perasaan geram.

“Ayah, kenapa tunggu di sini?” rungut Ayu. 

Encik Rahman  terus tergelak dan berkata, “Bagi kakak exersice sikit.” 

Mereka ketawa dan bersembang sesama sendiri selama perjalanan itu. 

*****

Setelah sampai, Ayu disuruh oleh ayahnya untuk menyuci pinggan. Ayu enggan membuat kerja itu lalu Ayu dimarahi oleh ayahnya. Ayu berasa sedih dan terus mengunci diri di dalam bilik. 

Beberapa minit selepas itu, Puan Rohana balik dengan keadaan penat dan keletihan. 

“Abang, mana Ayu?” tanya Puan Rohana. 

“Merajuk!” tengking Encik Rahman. 

“Hish! Abang ni, orang tanya sikit nak marah marah,” ujar Puan Rohana kepada suaminya.

“Ayu! ” panggil Puan Rohana. 

Lalu Ayu membuka pintu biliknya. “Masuklah mama,” kata Ayu kepada ibunya. 

“Ayu okey?” tanya ibunya kepada Ayu. 

“Ayu nampak okey ke sekarang ini?” tanya Ayu. 

“Ermm ayah tidak mahu memarahi Ayu sebenarnya cuma ermm ayah tidak dapat mengawal kemarahannya,” jelas Puan Rohana kepada anaknya. 

Mereka berdua tidak tahu bahawa Encik Rahman telah mendengar semua kata yang disembangkan. 

*****

Keesokkan harinya, Ayu bangun dan terus bersiap untuk ke sekolah. 

“Hai Ayu,” kata Encik Rahman tetapi Ayu langsung tidak membalas kata kata ayahnya.

“Ayu mahu ayah hantarkan?” tanya Encik Rahman kepada Ayu. 

Tetapi Ayu menggeleng dan terus berkata, “Hari ini mama nak hantar Ayu ke sekolah.” 

*****

Apabila Loceng terakhir sudah bunyi, Ayu mengemaskan barang barangnya dan terus keluar. Ayu melihat siapakah yang menjemputnya hari ini?

Kereta Proton menandakan bahawa ayahnya yang menjemputnya hari ini. Muka Ayu kembali murung. Dia masuk ke dalam kereta dan terus memandang ke luar. Encik Rahman rasa bahawa Ayu masih marah dengannya. Semasa perjalanan Encik Rahman memikirkan satu idea yang bagus.

*****

Setelah sampai, Encik  Rahman  menyuruh Ayu untuk menjaga rumah. Ayu terfikir jika ada orang datang bagaimana. Ayu ingin bertanyakan soalan itu tetapi kereta ayahnya sudah pergi.

Ayu membuka televisyen dan menonton Running Man. Tiba-tiba ketukan yang kuat oleh dua orang lelaki mengejutkan Ayu.

Ayu terus ke bilik dan mengunci diri. Dia melihat dari tingkap dua orang lelaki bertubuh besar memanggil nama ayahnya iaitu Rahman. 

Dia terfikir apa kena-mengena ayahnya dengan dua orang lelaki itu. Dia menyorok di dalam bilik dalam dua jam,  tetapi lelaki itu tidak berganjak dari situ. 

Vroom! Kedengaran bunyi kereta ayahnya. Lalu Ayu terus mendiamkan dirinya.

Salah satu ayat yang paling jelas didengar ialah, “Maaflah saya tidak dapat membayar hutang kerana saya harus menyara keluarga saya.” 

Lalu Ayu terus menitiskan air mata. Dia menangis teresak-esak. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi tembakan. 

Ayu terdengar juga tapak kaki mereka  sudah pun jauh. Ayu melihat ayahnya terbaring di luar. Lalu Ayu terus berlari ke arah ayahnya, tetapi langkahnya terhenti apabila melihat ayahnya berlumuran darah. 

Dia menangis dan menjerit. Jiran yang terdengar lalu menghubungi pihak hospital. Beberapa minit kemudian, Puan Rohana pulang ke rumah dan terkejut dengan tragedi ini. 

Encik Rahman disahkan meninggal dunia kerana sebiji peluru tidak boleh dikeluarkan. Kini Ayu berumur 20 tahun. Ayah memang wira!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: