Certot

Ayah Tetap di Hati

Hasil nukilan Siti Nur Aqilah 2 years agoSuperhero 8

Subhana rabbika rabbi izzati amma yasifun, wassalamu alal mursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.” Selepas selesai sahaja solat subuh dan membaca doa, Alya melipat sejadah dan telekungnya lalu diletakkan di dalam almari.

Alya merebahkan dirinya di atas katil mahu merehatkan badannya yang lenguh semacam. Cukup seminit Alya bangun semula lalu mengemaskan katilnya. Alya mahu menikmati udara pagi yang segar sambil minum air teh di tangga rumahnya.

Alya perlahan-lahan membuka pintu biliknya lalu ke dapur. Mahu membuat air teh. Tidak mahu mengganggu ibu dan adiknya yang tidur selepas solat subuh tadi. Alya mengambil cawan di dalam almari bersama bekas gula dan uncang teh. Selepas siap, Alya membawanya dengan berhati-hati supaya tidak tumpah.

Sampai sahaja di luar rumah, Alya duduk di atas tangga kayu sambil memerhatikan keindahan langit yang bermacam warna tonanya seperti biru, ungu, dan jingga. Ketika itu sudah pukul 6.05 pagi. Jadi matahari belum terbit lagi.

Alya menghirup air teh di dalam cawan itu. Rasanya manis yang sedang. Jadi enaknya terasa. Alya ingat lagi peristiwa hitam dalam hidupnya. Peristiwa yang membuatkan Alya terasa betapa indahnya pengorbanan seorang ayah. Peristiwa itu berlaku tujuh tahun yang lalu.

*****

Tiga tahun yang lalu….

Ketika itu Alya baru berusia enam tahun. Masih bergelar budak hingusan dan kanak-kanak riang ribena. Di tadika, Alya yang paling hebat bersukan. Alya yang paling hebat belajar. Kesimpulannya, Alya memang sempurna segalanya.

Tetapi, ada satu sahaja kelemahan yang Alya ada yang tidak diketahui langsung oleh semua kawan-kawannya di tadika. Alya mempunyai penyakit kanser hati.

Satu hari….

“Ayah, dada Yaya sakitlah.” Alya memegang dadanya dengan termengah-mengah. Tiba-tiba Alya pengsan.

                                                                      ******

“Doktor, bagaimana keadaan Alya sekarang?

“Keadaan Alya semakin teruk. Peluang untuk hidup sangat tipis melainkan ada penderma yang       sesuai.”

“Saya mahu periksa sama ada hati saya sesuai untuk Alya ataupun tidak.”

“Tetapi, encik. Encik tidak kisah dengan keluarga encik yang lain kalau hati encik sesuai untuk diderma dan tidak ada orang akan menjaga keluarga encik?”

“Hmmmm… tetapi saya sudah lama hidup. Umur saya pun sudah 46 tahun. Bila-bila sahaja saya akan menemui ajal. Tetapi Alya tidak sempat lagi meneroka dunia. Tolonglah, doktor. Bantu saya dan Alya.”

“Jika itulah yang encik mahukan. Mari ikut saya.”

                                                                     ******

“Mama. Mama. Alya di mana?” Alya bertanya sebaik sahaja membuka matanya. Alya terpinga-pinga melihat bilik yang berwarna putih. 

“Alya di hospital, sayang.” balas ibu Alya. 

“Mana ayah?” Alya bertanya lagi. Ibu Alya kelihatan serba salah untuk menjawab

“Ayah… ayah… sudah tiada.” Akhirnya ibu Alya menjawab juga.

Rupa-rupanya ayah Alya mendermakan hatinya setelah dibuat pengecaman persamaan hati. Alya berasa sebak. Tidak sangka ayahnya sanggup bertindak sebagai superhero kepada Alya. Kini Alya sudah berumur 13 tahun. Alya menjaga hatinya dengan baik sekali. Walaupun ayahnya tiada di sisi lagi, sekurang-kurangnya ayahnya tetap berada di hatinya. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: